Cipta Sejarah, Firma Kripto Ini Diluluskan Menjadi Sebuah Bank di AS

398

Kraken, akhirnya diisytiharkan firma pertukaran kripto pertama mengalami transformasi sebagai bank di Amerika Syarikat (AS) selepas mendapat lampu hijau dari Wyoming Banking Board semalam.

Khabar ini merupakan satu kemenangan besar buat seluruh industri kripto, terutama bagi Kraken yang dari awal lagi berusaha dan bertegas untuk mendapat pengiktirafan industri matawang kripto.

Menurut CEO Kraken Financial, David Kinitsky perubahan tersebut memberi manfaat kepada mereka, terutama mendapat akses langsung terhadap infrastruktur kewangan persekutuan sekaligus menggabungkan pelbagai pilihan perbankan dan pembiayaan.

Kinitsky juga menjelaskan Kraken Financial yang berpangkalan di San Francisco itu tidak lagi berhadapan dengan undang-undang pengurusan aset digital yang pelbagai bergantung kepada daerah yang berlainan.

Peralihan ini membuka ruang kepada bank baru itu untuk mengemukakan pelbagai rancangan seperti menawarkan produk terbaru seperti kelayakan hak penjagaan untuk institusi, kad debit aset digital dan akaun simpanan yang merangkumi jenis-jenis kelas aset terbaru.

Untuk pengetahuan, pada Julai lalu pihak US Office of the Comptroller of the Currency telah mengeluarkan keputusan yang membenarkan bank negara menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada firma matawang kripto yang baru bermula.

Buat masa sekarang, Karen Financial sedang berusaha untuk mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan pelanggan untuk operasinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat