Coinbase Pantas Singkirkan 6 Altcoin Ini!

631

“Mungkin Coinbase rasa altcoin ni macam tak berbaloi dah nak simpan lagi lama kot.”

Selepas melaksanakan audit dalaman untuk bulan Mac, syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Coinbase di Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menggantung dagangan enam altcoin utama daripada platformnya.

Coinbase menyatakan bahawa mereka sedang memantau aset digital secara terbuka untuk memastikan ia memenuhi piawaian penyenaraiannya.

Susulan itu, Coinbase membuat keputusan untuk menyingkirkan perdagangan Rally (RLY), DFI Money (YFII), Mirror (MIR), OMG Network (OMG), Loom Network (LOOM) dan Augur (REP).

Dagangan akan digantung merentasi semua peringkat dan platform termasuk Coinbase Pro, Coinbase Exchange dan Coinbase Prime.

Meskipun begitu, pelanggan tetap mempunyai akses dana masing-masing dan berupaya membuat pengeluaran sehingga tarikh penggantungan ditetapkannya pada 29 Mac 2023.

Sebagai tindak balas berita penyahsenaraian aset digital oleh Coinbase, keenam-enam kripto tersebut mengalami penurunan ketara apabila Augur didapati menjunam sebanyak 2% didagangkan pada paras $8.20 dengan modal pasaran $91 juta.

Sementara YFII dan OMG melihat penyusutan serupa apabila masing-masing turun 1% dan 1.12% dalam jangka masa yang sama, namun LOOM membuat pergerakan sebaliknya susulan meningkat sekitar 0.24% dalam tempoh beberapa jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat