Coincheck Rancang Penyenaraian Di Nasdaq Pada Julai 2023

88

Coincheck, platform pertukaran mata wang kripto Jepun bakal menyenaraikan harga penawaran permulaan awal (IPO) di Amerika syarikat (AS) melalui Nasdaq agar syarikatnya mampu memperoleh keuntungan besar dalam pasaran modal.

Secara konteks, Nasdaq merupakan bursa saham terbesar di dunia mengikut volum serta permodalan pasaran.

Difahamkan bahawa pemilik majoriti Coincheck, Monex Group akan melangsungkan prosedur penyenaraian Nasdaq dengan memeterai perjanjian bersama Thunder Bridge Capital Partners IV (SPAC).

Perkara berikut dikatakan telah dinyata dalam dokumen pemfailan Suruhanjaya dan Bursa AS (SEC), manakala ia akan melancarkan penyenaraian Nasdaq Coincheck pada 2 Julai 2023 jika proses keseluruhan berada dalam keadaan lancar.

Sementara itu, kerjasama antara Coincheck dan SPAC bukan sahaja dapat mengembangkan syarikat exchanger kripto secara global malah memperoleh kemudahan akses ke pasaran modal AS.

Menurut Coincheck, pengumuman berkaitan hala tuju syarikatnya turut dibuat pada Mac tahun ini semasa berlakunya perjanjian dengan Thunder Bridge Capital bernilai $1.25 bilion.

Tambahnya lagi, syarikat tersebut mempunyai 1.75 juta akaun sah yang mewakili 27% daripada bahagian pasaran dagangan kripto Jepun.

Namun begitu, Coincheck dilaporkan mengalami kerugian dalam jumlah dagangan ekoran fasa bearish pasaran kripto yang mengakibatkan jumlah hasil operasi merosot separuh untuk bacaan suku tahunan.

Pada sumber berbeza, beberapa syarikat kripto turut dilihat menjalin kerjasama dengan SPAC, antaranya syarikat mining Bitcoin (BTC) PrimeBlock membuat perjanjian dengan syarikat itu berjumlah $1.25 bilion pada April.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat