Commerzbank: Eur/Usd Dijangka berada di paras 1.03 Tahun Depan. Apa sebabnya?

103

Commerzbank menjangkakan US dolar akan terus meningkat dengan pantas. Hal ini disebabkan oleh Trumpflation iaitu jangkaan kepada kenaikan inflasi yang lebih tinggi selepas pilihanraya presiden US. Trumpflation ini menyebabkan peningkatan keyakinan kepada kenaikan kadar (Fed Fund Rate) Rizab Persekutuan (Federal Reserve). Hal ini dinyatakan sendiri oleh penganalisis di Commerzbank iaitu Ulrich Leuchtmann.

Menurut Leuchthmann, hal ini adalah faktor sokongan yang kuat bagi US dolar dan kami menjangka akan ada peningkatan nilai US dolar yang pantas.

Prospek kepada kenaikan pantas inflasi ini dijangka akan disumbangkan oleh polisi pengembangan fiskal (expansionary fiscal policy) dan juga dasar Trump yang terlalu melindungi ekonomi US. Oleh sebab itu, pasaran semakin yakin dengan pengetatan polisi (tightening policy) oleh The Fed pada Disember. Disebabkan oleh jangkaan makro ini lah US dolar menguat sejak pilihanraya presiden dua minggu lepas.

Pihak Commerzbank juga mengatakan, jangkaan kenaikan inflasi ini telah diramalkan sebelum pilihanraya lagi dan jika kenaikan ini berterusan akan menjadi peluang yang baik kepada pasaran buruh untuk terus mengukuh dari segi upah. Kenaikan kadar upah akan memberikan pilihan kepada The Fed ke arah pengetatan polisinya. Pengetatan disini bermaksud, menaikkan kadar Fed Fund Rate. Tambahnya lagi, US dolar telah pun bergerak ke arah (priced-in) kenaikan kadar Disember ini.

Jika hal ini berterusan iaitu kenaikan inflasi yang semakin meningkat, akan memberikan peluang kepada matawang greenback ini menguat. Commerzbank meramalkan Eur/Usd akan berada di sekitar parity iaitu 1.03 pada pertengahan 2017.

Menurut Leuchthmann, sekarang sudah semakin jelas bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) tidak mampu untuk mengekalkan program pelonggaran kuantitatif (quantitative easing) QE pada tahap semasa. Tambahan pula bacaan inflasi teras (core inflation) masih mengecewakan bank pusat untuk melihat isyarat kenaikan inflasi.

Pada mesyuarat Disember ini, ECB dijangka akan meneruskan program QE pada paras sama. Pun begitu tahun hadapan dijangka akan ada pengurangan dalam program ini. Bagi Commerzbank, walaupun ECB menggantikan program QE ini dengan instrumen yang lain, mereka tidak akan mampu menyembunyikan keadaan semasa ECB yang semakin kehabisan instrumen polisi monetari.

 

Ini Idea Trading ‘Goldman Sach’ Pada Tahun 2017

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat