Corak Downtrend Disangkal, USD/JPY Terus Memanjat 150 Pips

276

Memeriksa kepada carta harga pasangan matawang USD/JPY, harga dilihat telah kembali memapar pendakian pada sesi dagangan semalam (Rabu) selepas bergerak mendatar pada Selasa.

Setakat paras sekitar 112.725 sahaja harga mampu dicecah bagi membuat paras terendah 4 minggu terbaharu, sebelum melonjak hampir 150 pips bagi menyangkal semula kejatuhan sebelum ini.

Peningkatan yang dipersembahkan turut kembali menguji zon rintangan pada 114.000 yang juga merupakan zon ketika harga memulakan aksi junaman di kala penutup dagangan minggu lalu.

Kebangkitan yang baru ingin dipamerkan oleh matawang Yen nampaknya tidak bertahan lama apabila dibendung oleh kejutan matawang USD yang menerima sokongan kuat untuk mengukuh.

Seperti sedia maklum, lonjakan kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mencatat rekod tertinggi serta kenaikan hasil perbendaharaan 10 tahun AS telah memacu USD persembah prestasi cemerlang.

Ekoran daripada itu juga secara tidak langsung ia telah memberi kesan kepada indeks Yen yang baru sahaja ingin membuat kenaikan, dengan kembali tersungkur ke paras terendah sejak April 2017.

Sekiranya USD berupaya untuk meneruskan lagi potensi harga pada carta USD/JPY dalam mencatat lonjakan, zon rintangan pada 114.460 dijangka akan menjadi sasaran berikutnya bagi pelabur.

Manakala lonjakan yang lebih garang pula bakal menyaksikan harga membuat percubaan untuk menguji paras ketinggian sepanjang masa sekitar 114.700 yang dicapai sejak 4 tahun yang lalu.

Namun zon sokongan paling kukuh sebelum ini yang menjadi zon RBS (resistance become support) pada 113.400 berkemungkinan akan menjadi hala tuju berikutnya jika harga terus menyusut.

Penyusutan yang drastik akan memperlihatkan pergerakan harga sekali lagi menjejaki ke zon sokongan yang terbaharu pada 113.000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat