Corak Harga GBP/JPY Bakal Tambah Celaru Menjelang Mesyuarat BOE

175

Corak pergerakan harga pada carta pasangan GBP/JPY dilihat serupa seperti yang berlaku pada carta USD/JPY untuk beberapa minggu ini yang dicetuskan oleh kontroversi Yen.

Namun, corak dijangka berubah selepas mesyuarat polisi monetari bank pusat England hari ini yang akan memacu dagangan Pound.

Sehingga hari ini, masih tiada penjelasan diberikan oleh pihak berkuasa Jepun berkenaan jangkaan langkah campur tangan dalam pasaran yang berlaku sehingga menyaksikan pergerakan drastik mata wang Yen itu.

Pihak kerajaan mahupun bank pusat enggan mengulas berkenaan perkara itu walaupun pelbagai spekulasi berlegar.

Pelabur memerhatikan pergerakan harga pada carta GBP/JPY kembali memaparkan peningkatan sederhana pada minggu ini yang mereda berbanding pergerakan agresif minggu lalu.

Jika diperhatikan, harga pada mulanya telah mencapai ketinggian paras 200.00 sebelum kemudiannya menjunam dan mengakhiri dagangan di bawah paras 192.00 di penghujung minggu lalu.

Pada minggu ini, harga kembali bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu menunjukkan isyarat awal untuk pergerakan bullish.

Harga perlahan berlegar di sekitar paras 194.00 di sesi Asia hari ini (Khamis) menantikan mesyuarat BOE pula.

Sekiranya lonjakan harga berlaku selepas ini, paras 197.00 menjadi tumpuan awal untuk dicapai sebelum kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan akan menuju semula zon rintangan 200.00.

Sebaliknya jika harga menjunam, melepasi paras 193.500 akan menyaksikan paras 191.500 yang dicecah minggu lalu pula bakal diatasi harga.

Seterus, zon tumpuan seperti 190.500 hingga ke 188.500 antara yang menjadi sasaran bagi penurunan harga yang dilanjutkan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat