Corak Penurunan EUR/USD Dah Mula Perlahan, Trader Kena Jaga-Jaga!

506

US dolar dilihat masih mengekalkan pengukuhannya namun momentum telah mula semakin pudar.

Pelabur berkemungkinan mula berhat-hati dalam pasaran menjelang terbitan data pekerjaan ADP yang akan memberi gambaran awal untuk laporan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu.

Diterbitkan pada sesi New York semalam adalah, data tawaran pekerjaan JOLTS AS menyaksikan angka yang meningkat lebih tinggi berbanding ramalan untuk bulan Ogos.

Walaupun momentum kian pudar, namun mata wang utama lain tetap ditekan oleh US dolar termasuk Euro.

Justeru, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD kekal mencatatkan paras terendah terbaru lagi semalam.

Walaupun corak agak mendatar berbanding Isnin lalu, harga telah mencecah 1.04500 di sesi New York semalam untuk rekod terendah harga 10 bulan.

Trend bearish dilihat masih dikekalkan dengan pergerakan harga kekal berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan lagi untuk menuju sasaran 1.04000 namun berkemungkinan perlahan berikutan pelabur semakin mengambil langkah berhati-hati dalam pasaran.

Jika situasi mula berubah, harga boleh melonjak semula dengan rintangan pada 1.05000 menjadi sasaran terhampir untuk diuji.

Selepas kenaikan diteruskan yang turut melepasi halangan MA50, paras 1.06000 dilihat bakal dituju semula harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat