Covid-19 Menyerang, Pengunjung Terperangkap Dalam Resort Disney Shanghai

236

Resort Disney Shanghai melaksanakan penggantungan operasi dengan membuat penutupan taman tema utama serta kawasan sekitarnya sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Malah, para pelawat yang menghadiri taman tema tersebut diarahkan untuk tidak bergerak secara bebas sehingga ujian Covid-19 yang dibuat memperoleh keputusan negatif, ulas kerajaan Shanghai dalam akaun WeChat rasmi.

Tambahnya lagi, pelawat yang telah mengunjungi taman tema tersebut sejak 27 Oktober diharuskan membuat ujian Covid-19 selama tiga hari sebanyak tiga kali ujian pada setiap hari itu.

Sementara itu, kerajaan Shanghai dan pusat peranginan Disney masih belum mengeluarkan kenyataan lanjut berkaitan isu berikut, namun mereka akan meneruskan operasi dengan tenaga kerja yang sedikit.

Hal ini berikutan kerana taman tema tersebut tetap membenarkan para pengunjung yang terperangkap bermain permainan di situ sungguhpun penutupan telah dibuat.

Difahamkan penutupan yang berlaku itu akan membuatkan Shanghai Disney Resort terjejas ekoran sebelum ini ia perlu menutup perniagaannya selama lebih tiga bulan.

Pada sumber berbeza, taman tema tersebut pernah ditutup selama dua hari pada November tahun lalu dengan lebih 30,000 pengunjung terperangkap di dalam susulan pihak berkuasa mengarahkan mereka membuat ujian Covid-19.

Rentetan itu, pihak berkuasa tempatan di seluruh China mengenakan tindakan ekstrem bagi mengurangkan penularan virus sebaik sahaja kes semakin meningkat tinggi.

Dalam pada itu, Resort Universal di ibu negara Beijing dibuka semula pada hari isnin selepas penutupan selama lima hari sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat