COVID-19 Terus Mengganas, Isteri PM Kanada Pula Jadi Mangsa Seterusnya!

980

Isteri Perdana Menteri Justin Trudeau, Sophie Gregoire telah disahkan positif COVID-19. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah komunikasi perdana menteri berkenaan, Sophie sedang dikuarantinkan pada ketika ini.

Selain itu, beliau masih berada dalam keadaan yang sihat dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana telah mengalami beberapa simptom ringan virus itu. Berikutan dengan itu, pakar kesihatan sedang cuba untuk menjejaki individu-individu yang mempunyai kontak rapat dengan Sophie Gregoire.

Sementara itu, PM Justin Trudeau didakwa sihat dan bebas tanpa sebarang gejala. Akan tetapi, beliau turut dikuarantin selama 14 hari atas saranan doktor dan tidak akan menjalankan apa-apa ujian kerana tidak menunjukkan sebarang simptom.

Tambahan daripada itu, beliau dikhabarkan akan bertemu dengan rakyat Kanada pada hari ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan, isteri perdana menteri itu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan mendakwa bahawa dia akan kembali sihat walaupun telah mengalami simptom virus berkenaan. Tambahnya lagi, pesakit dan ahli keluarga rakyat Kanada yang lain mungkin menghadapi masalah kesihatan yang lebih serius.

Sophie didakwa menunjukkan simptom seperti selesema dan demam setelah kembali daripada salah sebuah majlis yang berlangsung di London pada Rabu lalu. Sehingga semalam, kerajaan Kanada telah mengesahkan sekurang-kurangnya 138 kes COVID-19.

Sehubungan dengan itu, PM Justin Trudeau dikatakan telah mengadakan perjumpaan melalui panggilan telefon bersama pemimpin Itali, Amerika Syarikat dan United Kingdom dan turut serta dalam mensyuarat jawatankuasa khas kabinet berkenaan wabak merbahaya itu.

Di samping itu, beliau turut berbincang dengan menteri kewangan, pemimpin organisasi perniagaan dan Majlis Buruh Kanada tentang situasi ekonomi semasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat