Cristiano Ronaldo ‘Wajah’ Baru NFT Binance!

415

‘Lepas Messi jadi duta Socios.com, kini giliran Ronaldo pulak dengan Binance. Dari dalam padang sampai ke luar asyik nak bersaing je.’

Bintang dan ikon bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memeterai perjanjian kerjasama dengan exchanger kripto terkemuka dunia, Binance.

Perjanjian kerjasama berbilang tahun tersebut difahamkan bertujuan untuk mempromosikan non-fungible token (NFT) kepada peminat sukan bola sepak di seluruh dunia.

Memetik kenyataan dari Binance, perjanjian tersebut turut merangkumi usaha sama dalam menghasilkan koleski NFT dengan bintang bola sepak itu untuk platform NFT syarikat yang akan dilancarkan tahun depan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao, menzahirkan rasa teruja dan memuji pencapaian Ronaldo dalam dunia bola sepak.

Zhao, juga melabel Ronaldo sebagai ikon bola sepak, memberitahu bahawa Binance  tidak sabar untuk memberi peluang kepada peminat bintang bola sepak itu ‘akses eksklusif’ untuk berhubungan dengan kapten pasukan Portugal tersebut.

Pada sisi berbeza, Ronaldo pula mengatakan beliau sangat teruja dengan kerjasama tersebut selain tidak sabar untuk berhubung lebih rapat bersama peminat menerusi NFT.

Sebagai makluman ini bukan pengalaman pertama Ronaldo dengan teknologi NFT, di mana sebelum ini beliau telah dihadiahkan JUV Token iaitu token peminat rasmi bagi pasukan Juventus F.C ketika beliau menjaringkan gol.

Umumnya, pasaran kripto sekarang ini berada dalam fasa bearish malah hype NFT juga sudah berkurangan berbanding awal tahun lepas.

Namun, Zhao tetap optimis pelancaran platform NFT syarikat serta kerjasama dengan Ronaldo bakal bakal membuahkan hasil tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat