Dagangan Bursa Kekal ‘Bullish’ Di Pengakhiran Minggu

147

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.45 mata pada 1,434.50 daripada penutupan hari Khamis pada 1,431.05.

Indeks dibuka kukuh 0.25 mata pada 1,431.30.

Bursa meneruskan kecemerlangan untuk dibuka hijau pada penghujung minggu selepas menjejaki prestasi semalaman Wall Street termasuk pasaran serantaunya.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 131 mengatasi kaunter rugi pada 95, manakala 167 kaunter pula tidak berubah, 1,896 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Jumlah perolehan pada 77.59 juta unit bernilai RM33.11 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menyatakan KLCI dijangka berlegar pada julat 1,430-1,445 pada hari ini memandangkan sentimen pelabur kekal berhati-hati mencerminkan situasi di Wall Street.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Public Bank Bhd capai 3 sen pada RM8.59 dan RM4.43, CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM4.91 sementara Petronas Chemicals Group Bhd hilang 4 sen pada RM9.11 dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.36.

Saham aktif memperlihatkan Xidelang Holdings Ltd kekal pada 2 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) naik 0.5 sen pada 75.5 sen dan TAFI Industries Bhd mekar 2 sen pada 49 sen sementara Straits Energy Resources Bhd dan Malaysian Genomics Resource Centre Bhd capai 1.5 sen pada 12 sen dan 77.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah mengukuh 25.43 mata pada 10,378.41, FBM 70 meningkat 48.08 mata pada 12,391.96, indeks FBM Emas mengumpul 26.94 mata pada 10,234.18 dan indeks FBMT 100 melonjak 27.49 mata pada 9,976.59 sementara FBM ACE melemah 3.86 mata pada 4,742.75.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 46.94 mata pada 15,967.53 sementara indeks Perladangan menurun 15.74 mata pada 6,938.54 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengurang 0.18 mata pada 181.10.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat