Dagangan Minyak Mentah dan Emas Menurun Pada Sesi Asia

276

Harga minyak mentah sedikit menurun pada awal dagangan sesi Asia hari ini berikutan bacaan data perkilangan yang lemah dari Eropah dan Jepun yang menjadi tumpuan pasaran. Ini memberikan isyarat yang membimbangkan buat unjuran permintaan di samping masih terdapat keraguan terhadap gangguan bekalan minyak mentah Arab Saudi susulan insiden serangan baru-baru ini.

Reuters melaporkan bahawa Arab Saudi telah mengembalikan semula lebih 70% pengeluaran minyak mentah yang terjejas sebelum ini dan bakal beroperasi di tahap sepenuhnya seawal minggu hadapan.

Tetapi, laporan oleh Wall Street Journal menyatakan kerosakan pada fasiliti berkemungkinan mengambil masa berbulan untuk dibaikpulih sepenuhnya.

Kuasa Eropah terdiri oleh Britain, Jerman dan Perancis turut menyokong tuduhan Amerika Syarikat terhadap Iran berhubung serangan insiden tersebut. Perkara tersebut telah mendesak Tehran untuk bersetuju mengadakan rundingan terbaru bersama kuasa dunia berkaitan program nuklear dan peluru berpandu serta isu keselamatan serantau.

Sementara, harga emas pula kekal stabil pada sesi Asia hari ini selepas mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi semalam untuk dagangan dua minggu berikutan sentimen pasaran yang berisiko khususnya melibatkan ketegangan di Timur Tengah serta perkembangan pada rundingan dagang AS-China.

Berhubung rundingan dagang, Setiausaha Perbendaharaan AS pada Isnin menyatakan beliau bersama Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer akan bertemu Timbalan Presiden China Liu He untuk rundingan dua minggu lagi.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin telah mempersoalkan keputusan oleh wakil rundingan mereka berhubung penangguhan kunjungan ke kawasan pertanian selepas rundingan lalu membincangkan tentang pembelian produk pertanian Amerika Syarikat oleh pihak China.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat