Dah Agak! Ini Sebabnya Pound Meroket Semalam!

863

Matawang pound melonjak ke paras tertinggi satu tahun berikutan kelemahan US dolar dan laporan yang positif bahawa UK dan Kesatuan Eropah (EU) telah membuat kemajuan dalam isu perikanan.

Pound mencecah paras harga 1.35000 berbanding USD pada sesi New York, susulan kenyataan Ketua Perunding EU Michel Barnier yang mengatakan bahawa UK telah mengurangkan tuntutannya untuk bahagian yang lebih besar dari tangkapan di perairannya selepas Brexit.

Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan harapan bahawa salah satu isu yang paling sukar untuk disepakati dalam rundingan tersebut dapat diselesaikan.

Menurut The Telegraph, Barnier memberitahu duta besar EU bahawa Britain telah memberi isyarat bahawa mereka dapat menerima 60% nilai stok dari perairan UK bermula 1 Januari, turun dari 80% yang dituntut pada awalnya.

Namun begitu, berbaki beberapa minggu sahaja lagi menjelang tarikh akhir tempoh peralihan pada 31 Disember, pasaran perlu berhati-hati dalam berdepan dengan mesej yang bercampur-campur mengenai perkembangan rundingan perdagangan Brexit yang turut mendominasi arah matawang pound.

Sementara itu, kelemahan dolar greenback di paras terendah 2 setengah tahun berbanding kebanyakan matawang utama turut mendorong pengukuhan pound sterling.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat