Dah Cucuk Booster? Hahaha, Moderna Kata Ada Suntikan Ke-4!

793

Tergelak geng anti-vaxx, terbahak-bahak tengok member berlubang-lubang kena cucuk banyak kali.

Saat anda membaca artikel ini mungkin ada di antara anda sudah dapat dos penggalak (booster shot) dan mungkin ada yang sedang menunggu booster shot.

Berita baik bagi golongan anti-vaksin dan berita buruk bagi golongan pro-vaksin dimana Stephane Bancel, ketua eksekutif Moderna Inc berkata keberkesanan booster shot akan hilang dari semasa ke semasa dan bakal ada suntikan ke-4.

Menurut kenyataan Bancel yang ditemu bual oleh Goldman Sachs, keberkesanan dos penggalak akan menurun dari semasa ke semasa seperti suntikan dos pertama dan kedua maka beliau tidak menolak kemungkinan terdapat suntikan ke-4 menjelang musim luruh di Amerika Syarikat (AS).

Varian Omicron Covid-19 yang memiliki tahap keberjangkitan tinggi telah menggemparkan dunia dimana di AS secara purata terdapat lebih 574,000 kes baru sehari hasil tinjauan data penganalis CNBC daripada John Hopkins University yang dikeluarkan.

Hujar Bancel lagi, kerajaan United Kingdom (UK) dan Korea sudah memesan dos tambahan sebagai persediaan dan beliau turut menambah bahawa golongan tua atau mempunyai keadaan kesihatan mungkin perlukan dos penggalak tahunan bagi tahun-tahun mendatang.

Dalam pada itu, data dari UK menunjukkan 2 dos dari Moderna dan Pfizer hanya 10% berkesan dalam mencegah jangkitan simptom Omicron dalam tempoh 20 minggu selepas dos kedua dan U.K Health Security Agency turut mendapati dos penggalak hanya 75% berkesan selepas dos kedua.

Kajian yang sama turut mendapati booster shot akan hilang keberkesanan dalam masa 4 minggu.

Sementara itu, walaupun varian Omicron terdapat lebih sedozen mutasi, ia setakat ini tidak bergejala teruk daripada varian sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat