Dah Kenapa Elon Musk Jual Lagi Saham dan Lancar ATV Untuk Kanak-Kanak?

1,473

Mungkin ini yang dinamakan umur 20 tahun dengan 30 tahun pengalaman kot.

Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk telah menjual lagi 934,091 pegangan saham kereta elektrik miliknya bernilai US$1.01 bilion bagi memenuhi kewajipan cukainya berkaitan pelaksanaan opsyen untuk membeli 2.1 juta saham.

Pada awal November lalu Musk telah menjual sebanyak 10% pegangan sahamnya selepas tweet yang dibuat beliau menerima respon pengguna yang meminta beliau menjualnya.

Sejak 8 November, Musk telah menggunakan opsyen untuk membeli 10.7 juta saham dan menjual 10.1 juta saham untuk US$10.9 bilion.

Musk masih mempunyai pilihan untuk membeli kira-kira 10 juta lebih saham pada harga $6.24 setiap satu yang akan tamah tempoh Ogos tahun depan.

Dalam pada itu, Tesla turut melancarkan sebuah basikal quad elektrik untuk kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) berharga $1,900 sebuah selepas 2 tahun mereka memperkenalkan kenderaan all-terrain vehicle (ATV) bersama kenderaan pikapnya Cybertruck.

Menurut laman web syarikat, ATV 4 roda atau ‘Cyberquad’ untuk kanak-kanak tersebut diilhamkan oleh model Cybertruck dan akan mula dihantar dalam masa 2 ke 4 minggu lagi.

Walau bagaimanapun, basikal tersebut tidak boleh didapati di Hawaii, Alaska dan Puerto Rico.

Terdahulu, Musk telah tweet pada 2019 bahawa ATV eletrik tersebut akan hadir dahulu sebagai pilihan ganti bagi Cybertruck yang dinanti-nantikan dan belum dilancarkan oleh Tesla dimana pengeluarannya masih menghadapi masalah rantaian bekalan.

Tesla juga telah melancarkan minuman keras berasaskan agave ‘Tesla Tequila’ kepada prototaip robot humanoid ‘Tesla Bot’ syarikat itu telah menghasilkan pelbagai produk unik pada masa lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat