Dahsyat! Dalam Masa 15 Minit Je Emas Tembusi $1,865!

1,218

Makin tinggi! Benar, emas terus meningkat lebih tinggi menghampiri ke paras ketinggian sejak September 2011 pada sesi dagangan Asia hari ini.

Logam kuning itu melonjak hampir $15 dalam masa 15 minit sebentar tadi, membawanya ke tahap tertinggi 9 tahun pada $1,865.56 per auns sebelum susut sedikit untuk diniagakan di sekitar $1,857 per auns.

Minggu ini sahaja, harga emas telah mencatatkan peningkatan sebanyak 1.28% pada Selasa, dan 0.48% pada Isnin.

Kelemahan berterusan yang dilihat dalam dagangan US dolar secara keseluruhan adalah petanda yang baik untuk emas, lebih-lebih lagi ketika pasaran menyambut baik hasil kesepakatan dana pemulihan EU dan tumpuan diberikan pada langkah rangsangan AS yang masih dalam proses perbincangan.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanidng sekumpulan matawang utama didagangkan lemah pada 95.10.

Selain itu, kes coronavirus yang masih direkodkan tinggi di Amerika Syarikat turut menyokong dagangan safe-haven emas untuk terus mengekalkan pengukuhannya. Presiden Donald Trump memberitahu dalam taklimatnya di White House bahawa virus itu mungkin akan menjadi lebih teruk sebelum ia pulih.

Harga logam berharga itu telah meningkat lebih 25% daripada tahap terendah $1,450 pada pertengahan Mac. Jika emas terus menokok dan menembusi paras tertinggi sejak September 2011 pada $1,920, ia akan merekodkan tahap ketinggian terbaru yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat