• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Jibril SS15 – Dari Tapak Kecil, Ke Tiga Cawangan Restoran

Jibril SS15 – Dari Tapak Kecil, Ke Tiga Cawangan Restoran

18 August 2020
Bitcoin Melonjak Lagi, Akhirnya Cecah Paras Harga $16,000!

BTC Berjaya Merebut Paras Harga 61K! Adakah Pasaran Kripto Kembali Pulih?

2 July 2026
Ini Pandangan Alan Greenspan Dalam Isu Penerbitan Matawang Crypto Oleh Bank Pusat!

Data Buruh ‘Hambar’ : Jangkaan Terbaru Pasaran Terhadap Fed Undang Perhatian!

2 July 2026
Fed Di Bawah Tekanan: Kadar Faedah Akan Dikurangkan Lebih Besar?

Data NFP Meleset Daripada Sasaran! Adakah Fed Akan Ubah Strategi Mereka?

2 July 2026
J.P. Morgan Optimis Terhadap Ekuiti Malaysia Pada H2 2026

J.P. Morgan Optimis Terhadap Ekuiti Malaysia Pada H2 2026

2 July 2026
Jho Low Bakal Dapat Pengampunan Trump Pada 4 Julai Ini?

Jho Low Bakal Dapat Pengampunan Trump Pada 4 Julai Ini?

2 July 2026
Bear Market: Apa Yang Anda Perlu Tahu? 

Bear Market: Apa Yang Anda Perlu Tahu? 

2 July 2026
Pengarah Hollywood Dipenjara, Guna Dana Netflix Untuk Melabur Kripto

Pengarah Hollywood Dipenjara, Guna Dana Netflix Untuk Melabur Kripto

2 July 2026
Rusia Dakwa Ukraine Guna Peluru Berpandu Balistik, Konflik Memuncak!

Rusia Dakwa Ukraine Guna Peluru Berpandu Balistik, Konflik Memuncak!

2 July 2026
“Semua Orang Untung” – Trump Jawab Kritikan Raih $1.2 Bilion Daripada Kripto

“Semua Orang Untung” – Trump Jawab Kritikan Raih $1.2 Bilion Daripada Kripto

2 July 2026
Bull Market: Peluang atau Perangkap?

Bull Market: Peluang atau Perangkap?

2 July 2026
NFP Jun 2026: Impak Piala Dunia & Reaksi Pasaran Emas, USD Malam Ini

NFP Jun 2026: Impak Piala Dunia & Reaksi Pasaran Emas, USD Malam Ini

2 July 2026
OpenAI Cadang Beri 5% Pegangan Kepada Washington

OpenAI Cadang Beri 5% Pegangan Kepada Washington

2 July 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Thursday, 2 July 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Ini Pandangan Alan Greenspan Dalam Isu Penerbitan Matawang Crypto Oleh Bank Pusat!

    Data Buruh ‘Hambar’ : Jangkaan Terbaru Pasaran Terhadap Fed Undang Perhatian!

    Fed Di Bawah Tekanan: Kadar Faedah Akan Dikurangkan Lebih Besar?

    Data NFP Meleset Daripada Sasaran! Adakah Fed Akan Ubah Strategi Mereka?

    NFP Jun 2026: Impak Piala Dunia & Reaksi Pasaran Emas, USD Malam Ini

    NFP Jun 2026: Impak Piala Dunia & Reaksi Pasaran Emas, USD Malam Ini

    Pelabur Tetap Pilih Bon Asia Walaupun Risiko Fed Meningkat 

    Pelabur Tetap Pilih Bon Asia Walaupun Risiko Fed Meningkat 

    Emas Pacak Semula Selepas Ucapan Fed Warsh

    Emas Pacak Semula Selepas Ucapan Fed Warsh

    Ringkasan Pagi: Kevin Warsh Redakan Isu ‘Hike Rate’, Minyak Mentah Junam

    Ringkasan Pagi: Kevin Warsh Redakan Isu ‘Hike Rate’, Minyak Mentah Junam

    Tergempar! Trump Cadangkan Kevin Warsh Ganti Jerome Powell di Fed

    Forum ECB : Kevin Warsh Enggan Dedah Langkah Fed Seterusnya!

    Data ADP Hambar & Isyarat Teraru BoE Bailey Undang Perhatian Pasaran Global!

    Data ADP Hambar & Isyarat Teraru BoE Bailey Undang Perhatian Pasaran Global!

    Inflasi Zon Eropah Terjun ke Rekod Terendah: Adakah ECB Akan Kurangkan Kadar Faedah?

    Inflasi Zon Eropah Susut ke 2.8%, Adakah Ini Isyarat Selamat Untuk ECB?

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Catat Pembukaan Lebih Baik Disokong Prospek Dasar Fed

    Ringgit Catat Pembukaan Lebih Baik Disokong Prospek Dasar Fed

    Nilai Yen Jatuh, Jumlah Syarikat Muflis Meningkat di Jepun!

    Nilai Yen Jatuh, Jumlah Syarikat Muflis Meningkat di Jepun!

    Ringkasan Pagi: Kevin Warsh Redakan Isu ‘Hike Rate’, Minyak Mentah Junam

    Ringkasan Pagi: Kevin Warsh Redakan Isu ‘Hike Rate’, Minyak Mentah Junam

    USD Kembali Garang Menjelang Ucapan Penting Kevin Warsh Malam Ini!

    USD Kembali Garang Menjelang Ucapan Penting Kevin Warsh Malam Ini!

    Jepun Suntik $74 Bilion Sokong Yen, Jurang Kadar BoJ-Fed Terus Melebar

    Jepun Suntik $74 Bilion Sokong Yen, Jurang Kadar BoJ-Fed Terus Melebar

    Ringgit Capai RM4.08 Menjelang Data Buruh AS

    Ringgit Capai RM4.08 Menjelang Data Buruh AS

    Politik UK & Spekulasi Fed Tekan GBP/USD Bawah Paras 1.3250

    Politik UK & Spekulasi Fed Tekan GBP/USD Bawah Paras 1.3250

    Ringkasan Pagi: Emas Bertahan Atas $4,000, Yen Terendah 40 Tahun & Isu AS-Iran Reda

    Ringkasan Pagi: Emas Bertahan Atas $4,000, Yen Terendah 40 Tahun & Isu AS-Iran Reda

    Yen Jepun Berdarah, Merosot Ke Paras Terendah 4 Dekad!

    Yen Jepun Berdarah, Merosot Ke Paras Terendah 4 Dekad!

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Bitcoin Melonjak Lagi, Akhirnya Cecah Paras Harga $16,000!

    BTC Berjaya Merebut Paras Harga 61K! Adakah Pasaran Kripto Kembali Pulih?

    Pengarah Hollywood Dipenjara, Guna Dana Netflix Untuk Melabur Kripto

    Pengarah Hollywood Dipenjara, Guna Dana Netflix Untuk Melabur Kripto

    “Semua Orang Untung” – Trump Jawab Kritikan Raih $1.2 Bilion Daripada Kripto

    “Semua Orang Untung” – Trump Jawab Kritikan Raih $1.2 Bilion Daripada Kripto

    Bitcoin Menjunam Ke Paras Terendah 21 Bulan, Punca Dari Fed & Strategy?

    Bitcoin Menjunam Ke Paras Terendah 21 Bulan, Punca Dari Fed & Strategy?

    Kripto Jadi Mesin Wang Trump, Pendapatan Cecah $580 Juta!

    Kripto Jadi Mesin Wang Trump, Pendapatan Cecah $580 Juta!

    Ripple Kini Hampir Jadi Bank, Apa Nasib XRP?

    Ripple Kini Hampir Jadi Bank, Apa Nasib XRP?

    Bitcoin Masih Mendatar, Berisiko Jatuh Ke $40,000 – Penganalisis

    Bitcoin Masih Mendatar, Berisiko Jatuh Ke $40,000 – Penganalisis

    Strategy Bakal Jual Bitcoin, Saylor Sudah Tertekan?

    Strategy Bakal Jual Bitcoin, Saylor Sudah Tertekan?

    Bitcoin Masih Di Zon Kritikal, Pelabur Tunggu Isyarat Pemulihan

    Bitcoin Masih Di Zon Kritikal, Pelabur Tunggu Isyarat Pemulihan

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    J.P. Morgan Optimis Terhadap Ekuiti Malaysia Pada H2 2026

    J.P. Morgan Optimis Terhadap Ekuiti Malaysia Pada H2 2026

    OpenAI Cadang Beri 5% Pegangan Kepada Washington

    OpenAI Cadang Beri 5% Pegangan Kepada Washington

    Micron Sumbang $250 Juta ke Akaun Trump

    Micron Sumbang $250 Juta ke Akaun Trump

    Jerung Kena ‘Game’: Susquehanna Rugi $70 Juta Angkara ‘Insider Trading’

    Jerung Kena ‘Game’: Susquehanna Rugi $70 Juta Angkara ‘Insider Trading’

    Indeks Inflasi PPI Melonjak 7.8%, Rekod Tertinggi Malaysia dalam Tempoh 4 tahun!

    Indeks Inflasi PPI Melonjak 7.8%, Rekod Tertinggi Malaysia dalam Tempoh 4 tahun!

    OpenAI Tangguh IPO, Saham Teknologi Global Dilanda Panik!

    OpenAI Tangguh IPO, Saham Teknologi Global Dilanda Panik!

    Demant Lancar Alat Bantu Pendengaran AI, Saham Meroket 39%!

    Demant Lancar Alat Bantu Pendengaran AI, Saham Meroket 39%!

    Selesema Burung H5N1 Menular Global, Bekalan Makanan Kini Terancam?

    Selesema Burung H5N1 Menular Global, Bekalan Makanan Kini Terancam?

    Bursa Bangkit Semula, Sektor O&G Terima Lonjakan PETRONAS

    Bursa Bangkit Semula, Sektor O&G Terima Lonjakan PETRONAS

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Biz

Jibril SS15 – Dari Tapak Kecil, Ke Tiga Cawangan Restoran

Team INTRADAY by Team INTRADAY
18 August 2020
in Biz
0
Jibril SS15 – Dari Tapak Kecil, Ke Tiga Cawangan Restoran
764
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Memulakan sesuatu perniagaan bukanlah mudah, tidak ada jalan pintas. Setiap kisah perjalanan dalam menempuh dunia perniagaan pasti ada pasang surutnya di sebalik kejayaan seseorang usahawan tersebut.

Sokongan daripada insan terdekat terutamanya keluarga tentunya memberi dorongan yang jitu kepada seseorang untuk terus mengorak langkah dalam setiap onak ranjau dunia keusahawanan. Hal yang sama berlaku kepada empat orang anak muda berjiwa kental ini ketika mereka memulakan perniagaan daripada kosong sehingga berjaya sampai ke tahap sekarang.

Ikuti perkongsian kisah mereka bersama wartawan portal Intraday menerusi segmen terbaharu Entrepreneurship.

1. Terlebih dahulu, boleh ceritakan serba sedikit latar belakang perniagaan tuan?

Kafe Jibril SS15 diusahakan dan diasaskan oleh 4 orang anak muda, Akmyr Ahmad Azwan (Ketua Pegawai Eksekutif), Imran Sheik (Ketua Pegawai Kreatif), Muhammad ‘Atiqurrahman (Ketua Pegawai Operasi) dan Nurin Hasanah (Ketua Pegawai Komunikasi) sejak kami semua masih di peringkat universiti. Kami mengikuti jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kecuali Muhammad ‘Atiqurrahman yang belajar dalam Jurusan Perakaunan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada tahun 2015.

Perniagaan pertama kami adalah kedai Sangkaya SS15 yang merupakan produk ais krim kelapa dari Thailand, apabila kami diberi peluang untuk menjadi salah satu francais terawal kepada produk tersebut. Berbekalkan modal permulaan yang sedikit melalui simpanan persendirian dan pinjaman daripada ahli keluarga, kami berjaya mendapat kembali modal beserta untung pada bulan pertama berniaga. Hal ini sedikit sebanyak terjadi atas berkat usaha kami turun padang mempromosikan produk berkenaan kepada rakan-rakan di universiti.

Disebabkan sambutan yang sangat memberangsangkan, kami terpaksa keluar daripada menyewa tapak kecil di penjuru kedai stimbot dan terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah ke lot kedai persendirian. Namun begitu, adalah tidak wajar untuk kami menjadikan seluruh lot sebagai kedai francais Sangkaya kerana kami sedar, ais krim kelapa ini merupakan satu trend dan tidak akan dapat bertahan lama sebagai satu produk.

Jadi kami mendapat idea untuk membuka satu restoran yang lain, berpaksikan nama, konsep dan makanan yang berlainanan daripada perniagaan sedia ada. Di sinilah bermulanya kedai bernama Jibril. Mengapa Jibril?

Semasa kami semua masih di universiti, fakulti Undang-Undang UiTM akan mengadakan acara tahunan yang dikenali sebagai Mock Trial – perbicaraan olok-olok yang berkonsepkan komedi. Melalui platform ini, saya dan Imran terlibat secara langsung dalam menjayakan teater Mock Trial III : Jibril. Teater ini menceritakan watak fiksyen seorang peguam yang sangat berkarisma, bijak, kacak dan sempurna dalam usaha menyelamatkan anak guamnya daripada disabitkan kesalahan. Sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan dan rata-rata penonton mahukan sambungan daripada teater berkenaan seperti Jibril 2, novel Jibril, siri televisyen Jibril dan sebagainya.

Namun begitu, atas kekangan masa belajar dan juga menguruskan perniagaan ais krim kelapa, kami tidak dapat melakukannya. Tidak mahu mengecewakan penonton, kami membuat keputusan untuk menamakan restoran kami yang baharu sebagai Jibril – dan jika benar Jibril (Jibril Azym) itu wujud, maka Jibril SS15 inilah tempat beliau akan meluangkan masa untuk berehat dan menjamu selera.

Berkonsepkan ‘speakeasy’, Jibril merupakan satu-satunya kedai terawal memperkenalkan konsep tersembunyi tanpa papan tanda atau pintu dan pada masa yang sama menyediakan hidangan serta minuman yang mesra Muslim. Moto kami adalah mudah: Jika hendak kekal dalam industri ini, kami perlu pastikan 2 perkara ini disediakan dan dikekalkan, iaitu pertama, makanan yang enak dan kedua, konsep yang menarik.

Setelah 5 tahun beroperasi, kami sudah membuka dua cawangan iaitu ‘Julieta by Jibril’ yang terletak bersebelahan dengan Jibril SS15 dan ‘Mona by Jibril’ yang terletak di dalam kompleks membeli-belah Publika. Sepanjang berkecimpung dalam dunia perniagaan ini, kami juga mempunyai aplikasi fesyen tersendiri iaitu Ombre dan telah berjaya menerbitkan Jibril TV Series dan juga filem berunsurkan ‘political thriller’ iaitu Daulat.

Buat masa kini, kami dalam proses pertukaran Sangkaya SS15 kepada produk baharu yang lebih relevan pada waktu kini, mudah-mudahan.

2. Boleh berkongsi rahsia di sebalik pencapaian tuan menerusi perniagaan yang dijalankan? Siapa tulang belakang utama pencapaian tuan?

Rahsia utama jika seseorang tersebut hendak berjaya mestilah kembali kepada nawaitu seseorang itu sendiri. Kenapa hendak melakukan perniagaan? Untuk jadi kaya? Untuk bantu keluarga? Bagi kami, ianya mudah – kami semua berasal daripada keluarga yang susah dan sederhana. Jadi, salah satu cara untuk mengubah nasib sedia ada adalah dengan berusaha habis baik untuk berniaga, kumpul keuntungan demi keluarga.

Oleh yang demikian, tulang belakang utama kami sudah pastinya keluarga kami. Di samping itu, saya secara peribadinya berpendapat rahsia kejayaan kami malah kebanyakan perniagaan adalah disebabkan satu kumpulan yang serasi. Setiap seorang daripada kami mempunyai kekuatan masing-masing dan  tahu bagaimana hendak melengkapi antara satu sama lain. Kami juga tahu bila waktu yang sesuai untuk berkeras dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Kedengarannya nampak mudah namun ini adalah kunci kejayaan kami iaitu keluarga yang menyokong kami dan kumpulan yang utuh.

3. Apakah sasaran tuan pada masa akan datang? Ke mana hala tuju perniagaan tuan dalam tempoh 5-10 tahun akan datang?

Setiap tahun, saya telah letakkan sebagai satu kewajipan untuk kami bergerak maju ke hadapan. Bermakna kami perlu berkembang tidak kira dari aspek perniagaan makanan mahu pun perkara lain. Bagi perniagaan makanan, kami sasarkan untuk berkembang terus dengan membuka cawangan di Johor Bahru, Pulau Pinang dan juga Ipoh. Di samping itu, kami juga cuba untuk mengintai peluang untuk menceburi industri pemakanan itu sendiri dengan cuba untuk memasarkan produk kami secara sejuk beku.

Bagi perniagaan kami yang lain, kami akan sentiasa terbuka untuk menceburi perniagaan dan peluang baharu yang ada tanpa limitasi kerana kami percaya peluang ada di mana-mana dan boleh datang dalam sebarang bentuk.

4. Pengalaman pahit sepanjang menjalankan perniagaan? Berdepan sebarang masalah contohnya ketika tempoh PKP baru-baru ini?

Semestinya pelbagai pengalaman pahit sepanjang beroperasi. Lebih-lebih lagi kami berempat tidak mempunyai sebarang pengalaman mahu pun kelayakan pendidikan di dalam pengurusan perniagaan. Namun begitu, kami berjaya kekal sehingga sekarang kerana kami tidak mudah mengalah. Kami tempuh apa sahaja dugaan dan cabaran mendatang.

Antara pengalaman pahit atau cabaran adalah seperti berikut:

(a) Dianiaya- Sepanjang berniaga, kami telah melalui banyak fasa dianiaya dan ditipu oleh pekerja, pembekal, kontraktor, atau individu yang menyamar sebagai pihak berkuasa.

(b) Masalah kos operasi – Disebabkan kami mengeluarkan modal sendiri, kami terpaksa membeli barangan secara harian ketika peringkat awal memulakan perniagaan kerana tidak mampu untuk membeli barangan secara pukal pada satu-satu masa dan bergantung kepada dapatan harian pada hari sebelumnya.

Namun begitu, pengalaman paling teruk semestinya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini apabila kami terpaksa menanggung penurunan jualan sebanyak 90% selama 3 bulan. Kami terpaksa merangka strategi dan gerak cara baharu dalam memastikan kami mampu bertahan dan tidak gulung tikar. Ketika keadaan teruk, kami ada mencuba untuk memohon pinjaman daripada pelbagai institusi, namun tiada satu pun yang berjaya dan tidak diendah. Walaupun pelbagai dugaan berlaku pada tahun ini, syukur kami berjaya harunginya tanpa membuang dan mengurangkan gaji serta faedah para pekerja kami.

5. Apa yang membuatkan konsep perniagaan tuan berbeza daripada pesaing-pesaing sedia ada?

Konsep perniagaan kami berbeza berbanding pesaing-pesaing sedia ada berpaksikan sebab-sebab berikut:

(a) Kami merupakan peneraju dan satu-satunya cafe berkonsepkan ‘speakeasy’ yang mesra Muslim dan pada masa yang sama terus konsisten dalam memberikan servis terbaik.

(b) Kami menggabungkan dua elemen penting dalam perniagaan makanan iaitu makanan yang sedap dan murah selain menyediakan konsep yang unik.

(c) Kami sentiasa meletakkan diri kami sebagai pelanggan tanpa mempedulikan minat dan pilihan peribadi. Oleh itu, produk-produk yang diperkenalkan lebih mudah mendapat perhatian pelanggan.

(d) Kami sentiasa berusaha menjangkakan trend yang mendatang, supaya kami terus relevan menempuh zaman.

6. Bagaimana dengan penerimaan produk tuan dalam pasaran?

Syukur, masih diterima baik. Asalkan niat kita betul dan usaha tanpa mengalah, mudah-mudahan penerimaan dan sambutan akan sentiasa ada. Dalam keadaan yang sukar dan tidak stabil sekarang, kita kena terus berinovasi untuk memastikan produk terus mendapat perhatian dan sambutan ramai. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan produk baharu yang lebih menarik serta memperkenalkan promosi baharu yang lebih sesuai dan mesra dengan keadaan pandemik Covid-19 sekarang.

7. Nasihat kepada usahawan yang baru memulakan perniagaan atau yang berniat mahu memulakan perniagaan

Nasihat peribadi saya selaku pemilik beberapa perniagaan adalah seperti berikut:

(a) Buat sahaja dan jangan takut untuk gagal. Pada zaman sekarang ini, tiada apa yang mustahil. Anda boleh berniaga melalui pelbagai cara dan platform tanpa memerlukan kos yang tinggi. Tak perlu dengar kritikan negatif orang lain, jika kritikan tersebut hanya bersifat menghentam dan bukan kritikan membina. Jika perniagaan anda gagal, impak paling besar hanyalah mungkin modal permulaan yang hilang dan malu sedikit. Jadi apa perlu anda lakukan? Mula semula.

(b) Jangan lupa diri. Bila kita berniaga, kita akan mula pegang duit yang banyak. Jadi jangan sesekali lupa diri, lupa tujuan utama kita berkecimpung dalam perniagaan. Jangan lupa diri dan boros berbelanja. Kekal bersederhana dan utamakan yang penting dahulu.

(c) Jangan malu bertanya dan belajar. Cari individu yang benar-benar ingin membantu secara praktikal, yang bukan sekadar ingin membangga diri mereka dan mengkritik anda, atau pun individu yang hanya hidup berlandaskan teori sahaja. Kerana perniagaan tidak bergerak berpaksikan teori yang kita belajar di sekolah atau universiti. Kumpul pendapat dan buat keputusan sendiri dengan mengambil kira semua pendapat yang diterima.

 

ShareTweetSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Positif, Namun Pelabur Kekal Berhati-hati

Bursa Malaysia Dibuka Positif, Namun Pelabur Kekal Berhati-hati

by Team INTRADAY
3 June 2026
0

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia memulakan dagangan selepas cuti panjang dengan prestasi yang lebih kukuh, namun pelabur kekal berhati-hati berikutan...

Analisa Bursa: Untung Bersih QES Meningkat 43%

Analisa Bursa: Untung Bersih QES Meningkat 43%

by Team INTRADAY
25 May 2026
0

QES Group Berhad (QES) memulakan langkah kanan bagi tahun kewangan 2026 apabila mencatatkan keuntungan bersih  sebanyak RM4.3 juta bagi suku...

Buka Bengkel Kayu, Jana RM16K Seminggu!

Buka Bengkel Kayu, Jana RM16K Seminggu!

by Team INTRADAY
2 October 2020
0

Bermula daripada permintaan isteri yang mahukan sebuah rak untuk meletakkan pasu dan berkongsi rekaan rak itu di laman Facebook, tercetus...

Artortoise Pelopor Bisnes Ilustrasi Digital

Artortoise Pelopor Bisnes Ilustrasi Digital

by Team INTRADAY
15 September 2020
0

Berbekalkan minat yang mendalam terhadap lukisan dan ilustrasi digital, usahawan ini mula menceburi bidang perniagaan sejak 10 tahun lalu. Memilih...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
NFP Jun 2026: Impak Piala Dunia & Reaksi Pasaran Emas, USD Malam Ini

NFP Jun 2026: Impak Piala Dunia & Reaksi Pasaran Emas, USD Malam Ini

2 July 2026
Jerung Kena ‘Game’: Susquehanna Rugi $70 Juta Angkara ‘Insider Trading’

Jerung Kena ‘Game’: Susquehanna Rugi $70 Juta Angkara ‘Insider Trading’

2 July 2026
Jho Low Bakal Dapat Pengampunan Trump Pada 4 Julai Ini?

Jho Low Bakal Dapat Pengampunan Trump Pada 4 Julai Ini?

2 July 2026
Fed Di Bawah Tekanan: Kadar Faedah Akan Dikurangkan Lebih Besar?

Data NFP Meleset Daripada Sasaran! Adakah Fed Akan Ubah Strategi Mereka?

0
Bitcoin Melonjak Lagi, Akhirnya Cecah Paras Harga $16,000!

BTC Berjaya Merebut Paras Harga 61K! Adakah Pasaran Kripto Kembali Pulih?

0
Ini Pandangan Alan Greenspan Dalam Isu Penerbitan Matawang Crypto Oleh Bank Pusat!

Data Buruh ‘Hambar’ : Jangkaan Terbaru Pasaran Terhadap Fed Undang Perhatian!

0
Bitcoin Melonjak Lagi, Akhirnya Cecah Paras Harga $16,000!

BTC Berjaya Merebut Paras Harga 61K! Adakah Pasaran Kripto Kembali Pulih?

2 July 2026
Ini Pandangan Alan Greenspan Dalam Isu Penerbitan Matawang Crypto Oleh Bank Pusat!

Data Buruh ‘Hambar’ : Jangkaan Terbaru Pasaran Terhadap Fed Undang Perhatian!

2 July 2026
Fed Di Bawah Tekanan: Kadar Faedah Akan Dikurangkan Lebih Besar?

Data NFP Meleset Daripada Sasaran! Adakah Fed Akan Ubah Strategi Mereka?

2 July 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.