Dasar Perlindungan Perdagangan Akan Menjejaskan Ekonomi! : William Dudley

236

Perlindungan perdagangan merupakan “jalan akhir” yang membolehkan Trump meraih sokongan politik tambahan, namun tindakan ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi AS.

William Dudley, iaitu Ketua Fed New York dalam satu ucapan di Bursa Saham Bombay tidak menujukan ucapan beliau secara langsung kepada presiden terbabit. Namun begitu, tindakan menghalang perdagangan dikatakan akan menjejaskan pertumbuhan dan taraf kehidupan di Amerika Syarikat, termasuk seluruh dunia.

Menurut sekutu rapat Pengerusi Fed Janet Yellen itu, dasar perlindungan jika dinilai secara sempit, ia sebenarnya berpotensi memberi ganjaran kepada ekonomi dalam jangka pendek.

Walau bagaimanapun, jika dilihat secara meluas, dasar perlindungan mampu untuk merosakkan keseluruhan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Fed merupakan badan bebas tetapi bertanggungjawab kepada Kongres. Kebanyakan pegawai Fed juga akan mengelak untuk menjawab mengenai dasar fiskal manakala sebahagian lagi menyatakan sokongan kepada dasar perdagangan terbuka walaupun Trump sejak awal-awal lagi memperjuangkan prinsip “America First”.

Menurut White House, tawaran perdagangan sering mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan buat pekerja Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat yang terutamanya terlibat di dalam sektor perkilangan yang terjejas akibat globalisasi. Sejak 25 tahun yang lalu, perdagangan telah berkembang untuk mewakili kira-kira 57 peratus daripada pengeluaran global berbanding 40 peratus sebelum itu.

Dudley juga sempat mengatakan bahawa kita sekarang berada di “persimpangan yang penting” yang mana isu-isu perdagangan boleh merosakkan kesihatan ekonomi bagi jangka panjang, termasuklah produktiviti dan peluang ekonomi kepada rakyat Amerika.

Adakah Perjanjian OPEC Akan Dilanjutkan Melebihi Bulan Jun?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat