Adakah Perjanjian OPEC Akan Dilanjutkan Melebihi Bulan Jun?

49

Minyak mentah melonjak lebih tinggi dalam sesi Asia pada Jumaat menjelang laporan data kiraan pelantar dari Amerika Syarikat termasuklah keputusan lanjutan perjanjian OPEC yang bakal dimuktamadkan pada 25 Mei ini.

Niaga crude futures di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran Jun meningkat sebanyak 0.10 peratus kepada $47.88 setong, manakala minyak Brent kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.08 peratus kepada $50.81 setong.

Firma medan minyak Baker Hughes akan melaporkan data kiraan pelantar secara mingguan pada Jumaat. Minggu lepas, jumlah pelantar dilaporkan mengalami peningkatan sebanyak 6 hingga 703 pelantar buat kali keenam berturut-turut.

Semalam, niaga minyak mentah di catat lebih tinggi pada hari Khamis apabila sentimen pelabur kekal positif apabila OPEC dijangka akan melanjutkan perjanjian yang telah dibuat sebelum ini sehingga menjangkaui separuh kedua tahun 2017.

EIA juga melaporkan bahawa inventori minyak mentah menjunam sebanyak 5.25 juta tong berbanding jangkaan sebanyak 1.79 juta tong.

Sementara itu, Algeria dan Iraq juga dikatakan akan menyokong lanjutan perjanjian pemotongan bekalan melebihi bulan Jun.

Pada bulan November tahun lepas, OPEC dan pengeluar lain termasuk Russia telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak kira-kira 1.8 juta tong sehari bermula Januari sehingga Jun tahun ini.

Data Ekonomi Yang Positif Membantu Memulihkan Sentimen Matawang Gergasi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat