Data China Sekali Lagi Memberi Suntikan Positif Terhadap Sentimen Pasaran.

466

Matawang Dolar AS hari ini mundur pada dagangan sesi Eropah melawan beberapa pasangan matawang utama berikutan peningkatan sentimen pasaran yang dipimpin oleh data ekonomi China yang menunjukkan bacaan positif.

Data perkhidmatan Caixin PMI China untuk bulan Mac hadir pada bacaan 54.1 dengan mudah mengatasi ramalan pada 52.3 dan 51.1 pada bulan sebelumnya sekaligus memberi sokongan kepada matawang Aussie dan Kiwi.

Beralih kepada Pound Sterling pula, matawang ini meneruskan kenaikannya semalam ekoran terdapat spekulasi bahawa pertemuan Perdana Menteri Theresa May dan rakan sejawatannya di Parti Buruh bakal menghasilkan ‘soft-Brexit‘.

Dalam perkembangan harga komoditi minyak WTI, harga didagangkan agak baik sejak semalam. Data China dan Zon Eropah yang baik daripada ramalan, sentimen pasaran yang risk-on, pemotongan bekalan OPEC, sekatan AS terhadap Iran dan Venezuela dan permintaan yang melebihi permintaan telah melonjakkan harga minyak global. Susulan hal ini, CAD dilihat sebagai matawang yang berpotensi tinggi untuk dibeli berbanding matawang yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat