Data Ekonomi UK Diterbitkan Lemah Bakal Pacu Penurunan Pada Dagangan GBP/USD

579

Pound Sterling kembali pamerkan pergerakan lemah pada dagangan Selasa selepas berjaya mengukuh berbanding US dolar pada awal minggu.

Kebimbangan pelabur semakin meningkat ekoran kegoyahan pada rundingan Brexit antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) dan menguatkan jangkaan untuk UK menamatkan tempoh peralihan Brexit tanpa perjanjian bersama EU.

Menambahkan lagi tekanan bagi matawang Pound pada sesi Eropah hari ini apabila data ekonomi UK yang diterbitkan lemah.

Data inflasi tahunan UK untuk bacaan bagi bulan April menyusut kepada 0.8% lebih rendah berbanding jangkaan 0.9% dari bacaan sebelum ini pada 1.5%. Manakala data indeks harga pengeluar UK turut mencatatkan bacaan yang merosot.

Pada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga menunjukkan kenaikan sejak awal minggu dari paras sekitar 1.20700 sehingga ke paras ketinggian 1.22900 yang diuji semalam.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga yang menguji zon SBR (support become resistance) hampir di paras ketinggian yang dicapai semalam kembali pamerkan penurunan pada sesi Eropah.

Turut didorong bacaan data ekonomi yang lemah, harga turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD.

Penurunan yang diteruskan melepasi paras tumpuan 1.22000 dijangka akan menuju zon support pada permulaan dagangan awal minggu ini.

Namun jika harga kembali meneruskan kenaikan semula, harga akan melepasi paras ketinggian semalam pada zon SBR sebelum menuju paras tumpuan lebih tinggi sehingga ke paras sekitar 1.24000.

Kenaikan seterusnya akan menuju destinasi tumpuan harga pada paras ketinggian 1.25000 jika dagangan US dolar yang lemah terus menyokong kenaikan buat Pound.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat