Data Inflasi AS Tersasar Dari Ramalan, Ini Terjadi Pada USD!

856

Seperti yang dijangka, berlaku pergerakan menarik dalam pasaran semalam ketika tumpuan diberikan sepenuhnya kepada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York.

Sedikit meleset berbanding ramalan, bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) yang diramalkan kekal pada 3.1% catatkan sedikit peningkatan kepada 3.2% untuk Februari.

Ini dilihat akan mengecilkan semula jangkaan untuk langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Pergerakan volatile harga berlaku di sesi New York semalam menyaksikan US dolar kembali paparkan pengukuhan yang lebih baik dan mengurangkan kerugian dialami sepanjang minggu lepas.

Pelabur akan menghadam bacaan data terbaru itu dan seterusnya akan bersedia untuk mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Mata wang Pound antara yang tercorot pada Selasa semalam dengan laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan hadir dengan bacaan suram.

Purata gaji turun lebih rendah daripada yang dijangkakan manakala kadar pengangguran yang diramal kekal pada 3.8% telah meningkat kepada 3.9%.

Selain ditambah tekanan pengukuhan semula US dolar dalam pasaran, Pound dijangka akan merosot lebih parah dengan tumpuan berikutnya terarah kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK hari ini.

Mata wang Euro juga semakin kecundang pada dagangan minggu ini apabila ahli bank pusat Eropah (ECB) mula menyebut berkenaan langkah penurunan kadar faedah.

Ahli majlis ECB Francois Villeroy de Galhau mengatakan bahawa bank pusat boleh melaksanakan dasar mereka sendiri tanpa bergantung kepada tindakan Fed.

Menurun gabenor Villeroy, ekonomi sudah menang melawan inflasi dan penurunan kadar perlu bermula disebabkan risiko menunggu terlalu lama boleh memudaratkan ekonomi.

Pelabur akan berwaspada menyaksikan corak perubahan pasaran pada minggu ini.

Dagangan emas juga telah mula menunjukkan tanda-tanda untuk perubahan trend selepas mencapai paras tertinggi dalam sejarah di penghujung minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat