Data Inflasi Kanada Lemah Pada Bulan Jun!

273

Jabatan Perangkaan Kanada telah mengeluarkan data inflasi CPI bagi bulan Jun pada hari Rabu.

Data CPI menunjukkan pertumbuhan yang perlahan iaitu pada 2.0% pada bulan Jun, jatuh daripada bacaan 2.4% yang direkod pada bulan Mei pada bacaan tahunan. Hal ini disebabkan harga tenaga bulan yang lemah. CPI teras

Berdasarkan bacaan bulanan, data CPI hanya jatuh 0.1% pada bulan Jun selepas naik 0.3% pada bulan Mei. Dimana hal ini menjadi salah satu faktor yang menekan matawang CAD.

Walaupun data CPI sedikit mengecewakan, jualan pengilangan meningkat 1.6% bulanan berbanding bulan Mei walaupun tersasr dari jangkaan pasaran iaitu pada 2.0%. Peningkatan ini didorong oleh jualan yang tinggi dalam peralatan pengangkutan.

Matawang USD/CAD melonjak 25 pips selepas data dikeluarkan dan mula melemah sedikit setakat jam 10.50 o.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat