Sesi Asia pada Selasa menyaksikan peningkatan terhadap harga komoditi hitam sementara menanti data industri mingguan terhadap inventori minyak mentah dan produk tapisan.
Di New York Merchantile Exchange, crude futures meningkat sebanyak 0.37 peratus kepada $49.09 setong manakala minyak Brent meningkat sebanyak 0.45 peratus kepada $51.85 setong.
Institut Petroleum Amerika (API) diramal akan mengeluarkan data inventori produk tapisan dan minyak mentah di Amerika Syarikat untuk minggu lepas. Kemudiannya, data tersebut akan disusuli dengan data rasmi dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang akan dikeluarkan pada Rabu.
Inventori minyak mentah dijangka melonjak sehingga 2.602 juta tong, manakala inventori petrol menurun sebanyak 2.231 juta tong.
Semalam, harga minyak mentah direkod menjunam pada Isnin walaupun OPEc dijangka akan melanjutkan pemotongan minyak mentah sehingga Jun. Hal ini kerana, pelabur kekal bimbang dengan tahap pengeluaran dan inventori minyak mentah yang semakin meningkat di AS.
Pemimpin G20 Kongsi Pendapat Yang Sama Terhadap Kepentingan Perdagangan Bebas