Data Jualan Runcit AS Akan Jadi Tumpuan Kepada GBP/USD

335

Memeriksa kepada carta pergerakan harga GBP/USD, harga dilihat kekal bergerak secara mendatar dan perlahan di atas zon sokongan pada 1.34000 pada sesi pembukaan dagangan awal minggu (Isnin).

Corak pergerakan harga masih lagi menyaksikan trend bearish meskipun harga memberi isyarat awal untuk perubahan trend setelah harga didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Seperti yang dijangkakan, harga perlulah terlebih dahulu menguji dan mengatasi trendline resistance untuk mempamer bayangan lonjakan yang jelas untuk harga terus membuat peningkatan lebih drastik.

Pelabur masih menanti perkhabaran terbaharu mengenai pasca Brexit yang boleh merancakkan lagi pergerakan matawang Pound setelah peroleh sedikit khabar gembira pada perbincangan semalam.

Peningkatan angka wabak Covid-19 yang kembali menular di United Kingdom turut menghantui pasaran yang masih terkesan dengan langkah dovish yang dilaksanakan oleh bank pusat England (BOE).

Sementara itu, menjadi tumpuan utama pelabur adalah terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan pada sesi New York malam ini dan dijangka akan beri impak besar kepada pergerakan harga.

Sekiranya harga pada carta GBP/USD papar semula momentum penurunan, pertama kali zon sokongan 1.34000 akan kekal sebagai sasaran untuk ditembusi sebelum menyusut ke paras yang lebih rendah.

Penyusutan yang ketara bakal memperlihatkan harga menuju ke paras terendah 2021 yang dicatatkan pada minggu lalu sekitar 1.33600 untuk terus mengekal trend penurunan 4 minggu secara berterusan.

Jika pergerakan harga berjaya menampilkan lonjakan, trendline resistance dijangka akan menjadi fokus pelabur untuk diatasi yang berpotensi menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.35000.

Lonjakan lebih garang berkebarangkalian akan menuju ke zon SBR berikutnya 1.36000 yang mungkin bakal menyaksikan trend kenaikan yang ketara.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat