Data KDNK Australia Bagi Suku Ketiga Mengecewakan!

60

Aussie didagang stabil pada sesi Asia apabila laporan data keluaran dalam negara kasar Australia bagi suku ketiga mencatatkan kejatuhan mendadak.

AUD/USD merosot pada 0.01%, manakala USD/JPY didagang hampir tidak berubah pada 114.02.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang US Dollar berbanding 6 matawang utama kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.35%.

Di Australia, hari ini merupakan hari yang agak sibuk berikutan data indeks pembinaan AIG akan dikeluarkan, diikuti dengan pengumuman data keluaran dalam negara kasar bagi suku ketiga.

Ini merupakan  kejtauhan KDNK terbesar yang pernah dicatat oleh Australia semenjak 2008 dan tersasar jauh dari ramalan awal Reserved Bank of Australia yang mengunjurkan pertumbuhan KDNK kira-kira 0.5%.

Walaupun RBA menjangkakan ia akan meningkat bagi suku keempat, pasaran kekal memberikan tumpuan kepada data asaran buruh yang akan datang untuk membuktikan program pelonggaran dasar yang diamalkan berkesan.

Semalam, US Dollar meningkat berikutan keyakinan pasaran yang semakin mengukuh terhadap kenaikan kadar dalam mesyuarat Fed minggu depan.

Di Amerika Syarikat, data perdagangan menunjukkan angka defisit yang semakin meningkat pada bulan Oktober.

Dalam satu laporan berasingan, data produktiviti pekerja meningkat semula bagi suku ketiga dengan kadar yang paling cepat dalam tempoh dua tahun. Selain itu, data tempahan kilang turut melonjak bagi bulan Oktober sebanyak 2.7%, berbanding jangkaan awal sebanyak 2.6%.

Ada Ada Masa Untuk Forex Trading? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat