Data NFP dijangka Positif, US Dollar Melonjak!

86

US Dollar mencecah tahap tertinggi dalam satu minggu berbanding matawang Yen selepas data pekerjaan sektor swasta dicatat positif sementara menanti laporan NFP.

Matawang Greenback melonjak sebanyak 0.2 peratus kepada 111.560 Yen selepas meningkat sebanyak 111.580 iaitu paras tertinggi sejak 26 Mei lalu. Matawang ini dicatat stabil dan di landasan yang betul bagi mengaut kita-kira 0.25 peratus keuntungan mingguan.

Euro didagang hampir tidak berubah kepada $1,1216 selepas kehilangan hampir 0.3 peratus pada hari sebelumnya.

Sebelum rangsangan daripada laporan ADP yang lebih kukuh daripada jangkaan yang dikeluarkan, US Dollar telah bergelut dengan kebimbangan politik di Amerika Syarikat. Matawang gergasi kini menanti laporan data NFP untuk mengakhiri minggu ini pada paras yang tinggi.

Menurut Yukio Ishizuki iaitu ahli strategi matawang kanan di Daiwa Securities, kebanyakan pelabur kini sukar untuk menjual US Dollar memandangkan AS dijangka akan menyaksikan peningkatan pekerjaan pada bulan Mei. Jika data dikeluarkan kuat, sentimen ini dijangka bakal menyokong US Dollar agar berterusan didagang pada paras yang agak tinggi.

Memetik tinjauan yang dilakukan oleh Reuters, ahli ekonomi meramalkan bahawa AS bakal menambah sebanyak 185,000 pekerjaan pada bulan Mei.

Laporan pekerjaan yang kukuh juga mampu untuk memulihkan semula jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Jun dan seterusnya.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang gergasi dicatat stabil pada 97.187 selepas meningkat sebanyak 0.3 peratus.

Dalam sesi ini juga, Dollar Australia melonjak sebanyak 0.1 peratus manakala Dollar New Zealand masih berada pada bacaan yang kukuh iaitu $0.7063.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat