Data NFP Dijangkakan Meningkat Jumaat Ini ?

60

Ekonomi US dijangka akan mengakhiri tahun 2016 dengan prestasi yang memberangsangkan berikutan penghasilan pekerjaan yang baik, perbelanjaan pengguna yang semakin kukuh dan peningkatan dalam sektor industri. Hal ini menguatkan lagi potensi The Fed untuk menaikkan kadar pada Disember.

Pergerakan pasaran pada minggu ini dijangka akan digerakkan oleh data-data dari US. Pelabur akan memberi perhatian kepada laporan data dari US yang begitu banyak jika dilihat dalam Forex Factory terutamanya data NFP Jumaat ini. Gunatenaga di US dijangkakan akan menambah 165,000 pekerjaan bulan ini yang lebih tinggi daripada catatan sebenar 161,000 pada Oktober.

Dengan data yang lebih kukuh pada kali ini akan memberikan The Federal Reserve sebab yang kuat untuk menaikkan kadar Fed Fund Rate bulan depan. Federal Open Market Committee (FOMC) akan mengadakan mesyuarat terakhir tahun ini pada 14 Disember. Menurut CME Group, peluang untuk The Fed menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada bulan depan berada di paras 94%.

Pada selasa ini, Commerce Department dijangka akan menyemak semula kiraan KDNK kepada pertumbuhan sebanyak 3.1% berbanding 2.9% bulan lepas.

The Fed cawangan Atlanta meramalkan pada minggu lepas bahawa pertumbuhan akan berada di paras 3.6% pada suku keempat. Ini akan menjadi paras tertinggi dalam pertumbuhan ekonomi sejak suku ketiga 2014.

Walaupun ekonomi berada hampir dengan gunatenaga penuh (full-employment), pemulihan ini masih belum mencukupi sejak kemelesetan (Great Recession). Oleh sebab itu, Donald Trump berikrar akan membelanjakan sebanyak $1 trillion dalam pembangunan infrastruktur dan membincangkan semula polisi perdagangan.

Dia juga berjanji akan mengurangkan cukai korporat yang mampu meningkatkan aktiviti pelaburan dalam kalangan syarikat di US. Di mata pelabur-pelabur, pendirian Trump ini akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi yang jelas menunjukkan pada masa ini indeks ekuiti US yang kini berada di paras tertinggi.

Selain data Non-Farm Payroll (NFP) dan KDNK (GDP), kerajaan US akan melaporkan pendapatan individu minggu ini. Data ini akan dilaporkan bersama data core-personal expenditure (PCE) iaitu kiraan inflasi yang menjadi keutamaan The Fed.

 

Perbezaan Data ADP NFP dan NFP

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat