Data Pekerjaan Amerika Syarikat ADP-NFP Melonjak Tinggi

123

Data ADP-non-farm payroll yang dikeluarkan sebentar tadi mencatatkan tambahan sebanyak 253,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta pada bulan Mei.

Bacaan kali ini melebihi jangkaan pasaran sebanyak 181,000 dan data bulan sebelum iaitu 174,000.

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja dalam negara AS yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc) hasil dari usahasama Moody’s Analytics.

“Data pada bulan Mei begitu kuat dari segi pertambahan pekerjaan,” kata Ahu Yildirmaz naib presiden ADP. “Pekerjaan professional dan perkhidmatan perniagaan mencatat kenaikan tertinggi sejak 2014. Dua komponen ini boleh dijadikan petunjuk kepada pengukuhan keseluruhan dalam pasaran pekerjaan kerana banyak industri bergantung kepada perkhidmatan ini.”

Mark Zandi, ketua ekonomi di Moody’s Analytics berkata, “Pertambahan pekerjaan melonjak tinggi. Kadar kenaikan dalam pertumbuhan pekerjaan adalah hampir tiga kali kadar yang perlu untuk menyerap pertumbuhan dalam pasaran pekerjaan. ”

Reaksi pasaran memberi kesan pengukuhan kepada US dolar selepas data ADP-NFP dikeluarkan, namun kesan ini diseimbangkan oleh data negatif tuntutan pengangguran.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 2 Jun ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan Mei akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data NFP juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk keadaan pasaran buruh semasa dan juga trend kenaikan kadar gaji.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat