Data Pekerjaan Australia Positif, Kenapa AUD Susut?

308

Kadar pengangguran Australia meningkat pada 7.5% pada Julai ketika gelombang baru pandemik coronavirus di bandar kedua terbesar di negara itu terus menimbulkan ketidakpastian terhadap prospek pertumbuhan.

Walaupun bacaan ini adalah lebih baik daripada jangkaan untuk kenaikan 7.8%, namun ia tetap meningkat daripada bacaan 7.4% yang direkodkan pada Jun,menjadikannya yang tertinggi sejak November 1998.

Jumlah orang yang tidak bekerja, tersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan mencecah satu juta buat pertama kali, menurut data yang diterbitkan pagi ini oleh oleh Biro Statistik Australia (ABS).

Dalam pada itu, angka yang diterbitkan ABS memperlihatkan pekerjaan melonjak sebanyak 114,700 pada Julai, setelah merekodkan peningkatan 210,800 pekerjaan pada bulan sebelumnya.

Namun begitu, kenaikan ini dilihat masih tidak mencukupi untuk memenuhi tenaga kerja yang meningkat, dengan kadar penyertaan meningkat 0.6% kepada 64.7%.

Dolar Aussie yang pada mulanya meningkat ekoran angka yang lebih baik daripada jangkaan, kembali mencatatkan penyusutan berikutan bacaan ini mungkin tidak menunjukkan kesan sepenuhnya daripada sekatan tahap empat di Melbourne terhadap pekerjaan pada Julai.

Data ini dikumpulkan sebelum bandar Melbourne beralih ke sekatan tahap empat setelah melihat peningkatan yang tinggi dalam kes baru jangkitan Covid-19 setiap hari.

Reserve Bank of Australia (RBA) minggu lalu menjangkakan lockdown di Victoria boleh mengurangkan pertumbuhan pada suku semasa sebanyak 2% dan kadar pengangguran melonjak di sekitar 10% pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat