Data PMI Australia Mengecewakan Dorong Penurunan Harga Pada AUD/USD

319

Dengan sentimen pasaran yang tidak menentu pada minggu ini, dagangan dolar Australia turut dibebani dengan bacaan data PMI perkhidmatan dan pembuatan yang diterbitkan mengecewakan seawal sesi pasaran Asia hari ini bermula.

Data PMI perkilangan untuk Oktober mencatatkan bacaan 50.1 mata, lebih rendah berbanding bulan sebelumnya yang dikemaskini meningkat 50.3. Bacaan tersebut juga direkodkan terendah untuk tiga setengah tahun berikutan penurunan pertama pada pesanan baru.

Sementara, data PMI perkhidmatan di Australia untuk Oktober menurun kepada 50.8 mata berbanding catatan 52.4 bulan sebelumnya.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, dagangan semalam dilihat menunjukkan penurunan pada awal sesi Asia sebelum pergerakan menaik harga yang perlahan sehingga berakhir sesi pasaran Amerika.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga yang dilihat menguji garisan Moving Average 50 (MA50) gagal melepasi ke paras lebih tinggi sebelum meneruskan penurunan susulan data PMI Australia yang kurang memberangsangkan.

Penurunan sehingga sesi pasaran Eropah telah melepasi paras harga 0.68300 dengan jangkaan harga bakal menuju zon RBS (resistance become support) pada 0.68100.

Menguji paras tersebut, jika harga berjaya tembus ke paras lebih rendah, destinasi seterusnya yang dilihat bakal menjadi tumpuan harga berkemungkinan ke paras sekitar 0.67900 atau 0.67800.

Namun, jika harga kembali melonjak dan bergerak lebih tinggi dari MA50, harga bakal menuju semula ke paras ketinggian terdahulu pada 0.68800 sebelum cuba mencatatkan paras ketinggian terbaru harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat