Data PMI Bantu Pengukuhan, US Dolar Terus ‘Mendonia’

224

US dolar menamatkan dagangan pada minggu lalu dengan cemerlang susulan disokong oleh laporan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) bagi bulan Jun.

Catatan terbaru itu menunjukkan peningkatan angka yang positif bagi kedua-dua sektor dengan pembuatan tertinggi 3 bulan dan perkhidmatan meningkat ke paras tertinggi lebih tempoh 2 tahun.

Mengatasi angka ramalan, laporan PMI AS itu juga dilihat lebih baik berbanding data yang sama diterbitkan pada sesi sebelumnya untuk Jerman dan UK.

Bacaan yang agak mengecewakan itu memberi tekanan kepada mata wang Eropah Euro dan Pound sementara memberi kelebihan kepada mata wang US dolar.

Situasi ini terus menyokong pengukuhan lanjut US dolar pada Jumaat lalu setelah corak pemulihan yang telah dipamerkan pada hari sebelumnya.

Dengan bacaan data ekonomi AS yang memberangsangkan, akan semakin mengurangkan peratusan jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk menurunkan kadar faedah pada tahun ini.

Tumpuan pada minggu ini akan terarah kepada beberapa data penting termasuk laporan pertumbuhan ekonomi AS dan indeks harga PCE.

Sekiranya data-data terbaru terus cemerlang, Fed dilihat akan berada pada landasan untuk mengekalkan dasar yang ketat selain mendorong pengukuhan berterusan US dolar.

Situasi tersebut bakal memberi tekanan kepada pasaran yang lain seperti saham dan komoditi.

Dagangan emas juga dilihat ketara menerima impak pada penutup minggu lalu yang mencatatkan kerugian yang ketara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat