Data Tempahan Durable-Good U.S. Meleset, US Dolar Melemah

64

Satu petunjuk ekonomi penting yang menunjukkan aktiviti pelaburan aset tetap oleh firma-firma di Amerika Syarikat baru sahaja dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi.

Tempahan barangan tahan-lama (durable goods) jatuh lebih daripada jangkaan pada Oktober yang mengurangkan keyakinan terhadap ekonomi U.S.

Tempahan durable goods yang termasuk komponen pengangkutan merosot 1.2% bulan lalu berbanding dengan jangkaan kenaikan 0.4%. Manakala data tempahan Core durable-goods yang tidak mengambil kira komponen pengangkutan naik 0.4% meleset daripada jangkaan kenaikan 0.5%.

Data Tuntutan Pengangguran (Jobless Claims)

Dalam data berasingan, bacaan tuntutan pengangguran (Jobless claims) turut dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi.

Jabatan Buruh US melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) minggu lepas kurang daripada jangkaan.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 03 November berkurangan sebanyak 13,000 kepada 239,000.

Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran akan meningkat sebanyak 241,000.

Minggu lalu juga adalah minggu ke-142 tuntutan pengangguran berada di bawah 300,000 yang mana menunjukkan kukuhnya pasaran pekerjaan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat