Data Zew Jerman Bakal Dorong Penurunan Lebih Rendah EUR/USD

486

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD pada sesi Asia hari ini mendatar dan perlahan sebelum arah lebih jelas pada sesi pasaran Eropah.

Sesi Eropah menyaksikan harga mula mempamerkan penurunan yang menunjukkan matawang Euro kembali didagangkan lebih lemah berbanding US dolar.

US dolar juga disokong oleh kenaikan pada indeks S&P 500 sekitar 4% namun kerugian kembali dicatatkan pada dagangan sesi Eropah semula.

Harga kembali turun di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD di mana penurunan menguji paras terendah harian yang dicatatkan semalam sekitar 1.11000.

Penyusutan nilai Euro juga turut didorong oleh jangkaan bacaan data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang merosot akibat wabak pandemik COVID-19.

Data yang diterbitkan pada jam 6 petang waktu tempatan mencatatkan bacaan lebih rendah iaitu -49.5 mata jauh lebih rendah berbanding jangkaan penurunan kepada -29.7 mata.

Penurunan harga yang lebih rendah akan menguji zon support harga di sekitar paras 1.10500 dimana paras tersebut gagal ditembusi harga pada dagangan minggu lalu.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah, jangkaan penurunan akan turun ke bawah paras 1.10000 dan menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Namun jika kenaikan harga kembali berlaku, harga dilihat akan menguji semula zon resistance sekitar paras 1.11800 – 1.12000 atau paras ketinggian dagangan semalam.

Kenaikan lebih tinggi pula dijangka menuju paras 1.13000 atau zon resistance di bawah paras 1.15000 pada kenaikan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat