Defisit Perdagangan Amerika Syarikat Semakin Buruk Pada Bulan Februari

493

Defisit perdagangan U.S meningkat keparas tertinggi 9 1/2 tahun lalu pada bulan Februari apabila import dan eksport mencatat rekod yang tinggi. Tetapi hal ini menunjukkan terdapat tanda-tanda bahawa permintaan domestik dan global tinggi.

Berita ini dikeluarkan ketika perang perdaganan U.S dan China semakin tegang menyebabkan pasaran ekonomi dan pasaran kewangan khuatir akan hal ini.

Pentadbiran Trump sedang dalam proses untuk mengenakan cukai barangan import bagi menghapuskan defisit perdagangan dan melindungi industri domestik. Walaubagaimanapun pakar ekonomi berpendapat tindakan tersebut tidak dapat menghilangkan defisit.

Menurut pakar ekonomi, Joel Naroff ” ekonomi U.S sedang berkembang dengan pesat berbanding negara-negara industri lain, maka tidak hairanlah mengapa defisit perdagangan semakin memburuk.” ”Pengenaan tarif mungkin dilihat suatu idea yang bagus untuk mengubah corak perdagangan, tetapi ia akan menyebabkan harga meningkat lebih tinggi berbanding membaiki asas perdagangan.”

Menurut Jabatan Perdagangan, jurang perdagangan meningkat 1.6 peratus kepada $57.6 billion pada bulan Februari, paras tertinggi sejak Oktober 2008. Defisit perdagangan telah meningkat 6 bulan berturut-turut. Kebanyakkan peningkatan pada bulan Februari adalah disebabkan peningkatan harga komoditi.

Pada hari Selasa, pentadbiran Trump mensasarkan 25 peratus pengenaan cukai bagi 1,300 barangan industri China iaitu teknologi, pengangkutan dan kesihatan bagi memaksa Beijing mengubah pengamalan harta intelek mereka.

Pada hari Khamis, Presiden Donald Trump telah mengeluarkan arahan kepada jabatan perdagangan U.S agar mempertimbangkan dengan pengenaan cukai tambahan $100 billion ke atas China.

Indeks U.S dolar jatuh sebanyak 0.10% iaitu kepada bacaan 90.00 setakat jam 9.40 a.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat