Demi XRP, Ripple Berpindah Ke Wyoming

4,889

Firma pembayaran berasaskan blockchain, Ripple Labs dilaporkan telah berdaftar sebagai sebuah perniagaan di Wyoming.

Status Ripple Markets WY LLC sebagai perniagaan lokal disahkan aktif selepas pemfailan awal pada Februari 2020. Walaupun syarikat itu terletak di Wyoming, ejen berdaftar Ripple akan berpangkalan di Cheyenne.

CEO dan pengasas Avanti Bank & Trust, Caitlin Long menyifatkan ‘peralihan’ ini merupakan satu kesedaran bahawa Wyoming jauh lebih baik untuk syarikat kripto ekoran daripada undang-undangnya yang mesra kripto berbanding Delaware.

Pada masa yang sama, keputusan ini mungkin dapat membantu status XRP untuk lebih jelas walaupun masih berhadapan dengan saman Securities and Exchange Commissions (SEC).

Long juga ada menyatakan pendapatnya mengenai syarikat kripto seperti Ripple patut berpindah ke Wyoming kerana daerah itu bukan sahaja tidak mengenakan sebarang cukai francais atau korporat, malah matawang kripto terkecuali dari cukai harta dan jualan.

Senator Amerika Syarikat (AS), Cynthia Lummis, satu-satunya senator yang mahu mengajar barisan senator yang lain berkaitan kripto turut menyokong tindakan Ripple berpindah ke negeri itu.

Wyoming merupakan salah satu daerah AS yang mendapat perhatian dalam kalangan firma kripto dan blockchain. Pada tahun lepas, Lembaga Perbankan Negeri Wyoming telah menyerahkan piagam kepada pertukaran kripto, Kraken untuk beroperasi sebagai bank mesra kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat