Di Negara Ini, Anda Akan ‘Dikurung’ Jika Tidak Divaksin

1,566

Sekitar 2 juta penduduk yang masih belum divaksin sepenuhnya telah ditempatkan di bawah perintah lockdown di Austria sebagai tindak balas kepada kebangkitan semula kes coronavirus.

Canselor Alexander Schallenberg memberitahu bahawa mereka terpaksa mengambil langkah ini kerana ia perlu untuk membendung kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Penduduk yang tidak divaksinasi hanya akan dibenarkan meninggalkan rumah atas sebab yang tertentu, seperti bekerja atau membeli makanan.

Austria menjadi salah satu negara yang mempunyai kadar vaksinasi paling rendah di Eropah Barat, di mana setakat ini kira-kira hanya 65% penduduk telah menerima vaksin sepenuhnya.

Sementara itu, kadar jangkitan dalam tempoh tujuh hari meningkat melebihi 800 kes bagi setiap 100,000 orang, yakni merupakan antara yang tertinggi di Eropah.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Eropah sekali lagi menjadi kawasan yang paling terus terjejas akibat wabak Covid-19 sehingga memaksa beberapa negara memperkenalkan sekatan dan amaran peningkatan kes.

Untuk permulaan, langkah ini akan berlangsung selama 10 hari bermula pada hari Isnin, di mana kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan individu yang baru sembuh daripada virus tersebut akan dikecualikan.

Sesungguhnya, keputusan yang dibuat tidak mudah untuk diterima begitu sahaja. Pada hujung minggu, beratus-ratus rakyat mengadakan protes di luar canselori di ibu negara Vienna yang menentang keras langkah ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat