Disebabkan Fed Semua Bank-Bank Pusat Kena Agresif Ketatkan Dasar

333

‘Tulah bila semua negara tak selari, maka mesti nanti akan ada negara tertindas.’

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menzahirkan pendapat bahawa bank-bank pusat di rantau Asia perlu melaksanakan pengetatan dasar agresif bagi mengelak hutang besar susulan langkah tersebut sedang galak dilakukan oleh bank-bank utama dunia.

Perkara tersebut dibentangkan oleh pengarah Jabatan Asia dan Pasifik IMF, Krishna Srinivasan, ekoran peningkatan harga komoditi dan penyusutan nilai mata wang Asia memberi kesan kepada kos pengimportan.

Umumnya, langkah pengetatan dasar agresif oleh Federal Reserve (Fed) dalam membawa inflasi ke paras sasarannya telah menekan sistem kewangan negara-negara Asia yang boleh menjerumus kepada peningkatan kadar hutang.

Perbezaan kadar faedah yang meluas antara Fed di Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Asia secara tidak langsung mencetus lonjakan kepada kos import.

Ekoran itu, Srinivasan menjelaskan kepentingan pengetatan dasar agresif di rantau Asia bagi mengimbangi lonjakan pada kadar inflasi serta kenaikan kadar yang pantas.

Selain itu, beliau turut menggariskan bahawa kebanyakan negara Asia kini merupakan penghutang terbesar mengecualikan China dan Jepun di mana pemulihan ekonomi mereka antara yang terlemah termasuk inflasi rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat