Disokong Pada Zon $1.2600, Pelabur Optimis GBP/USD Ke Paras Lebih Tinggi Minggu Ini

157

Pergerakan trend bullish harga masih lagi dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD setakat penghujung minggu lalu.

Bersambung pada awal minggu ini, US dolar masih lagi dilihat bergerak lemah selepas data perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika Syarikat (AS) yang dterbitkan suram mengekalkan momentum suram raja mata wang itu.

Walaupun Pound kekal dibayangi oleh kemelut isu Brexit, namun tetap berjaya untuk mengekalkan dagangan berbanding US dolar di paras ketinggian 4 minggu.

Pada Jumaat lalu, harga berjaya mencapai paras ketinggian sekitar 1.26600 dan menjadikan paras 1.26000 sebagai paras sokongan semasa buat harga.

Disokongan pada paras 1.26000 dan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD daripada jatuh lebih rendah, harga meneruskan corak kenaikan pada dagangan bersambung di awal minggu ini.

Ketinggian terbaru yang dilihat akan disasarkan oleh harga berada pada zon 1.27000 atau mungkin lebih tinggi untuk harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 minggu.

Namun pelabur perlu kekal waspada sekiranya harga mula memberikan isyarat perubahan trend selepas kehabisan momentum untuk meneruskan kenaikan.

Permulaan penurunan harga akan dilihat selepas harga susut di bawah paras paras 1.26000 dan bergerak di bawah paras halangan MA 50.

Pergerakan trend bearish harga akan memperlihatkan harga turun menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.25000 sebelum pelabur menyaksikan penurunan lebih rendah seterusnya menuju sekitar 1.23000.

Pelabur berhati-hati dengan sebarang kejutan dalam pasaran menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang akan menjadi acara tumpuan utama pada penghujung minggu nanti.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat