Do Kwon ‘Pecah Lubang’, Rupanya Krisis LUNA Ada Kaitan Dengan FTX!

450

Krisis keruntuhan exchanger kripto FTX masih belum reda apabila co-founder Terra Do Kwon pula muncul menyalahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) dan Genesis Trading sebagai penyebab Terra-LUNA mengalami kemusnahan.

Hal ini berikutan kerana Do Kwon sangat yakin bahawa Genesis Trading telah menyediakan $1 bilion dalam TerraUSD (UST) stablecoin kepada SBF ataupun Alameda Research yang turut diasas oleh CEO FTX.

Beliau dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan semasa pendakwa raya persekutuan menyiasat kes FTX dan Alameda Research yang berkemungkinan besar telah melakukan penipuan dalam pasaran dan akibatkan Terra-LUNA jatuh.

Do Kwon juga menulis kenyataan di akaun Twitter miliknya mengenai bagaimana FTX, Alameda Research termasuk Genesis mampu menjadi penyebab kejatuhan stablecoin LUNA dan UST .

Diperjelaskan lagi oleh beliau, Genesis telah membeli berbilion dolar dalam UST daripada Luna Foundation Guard (LFG) bagi memindahkannya ke FTX atau Alameda manakala SBF telah menggunakannya untuk memanipulasi harga pasaran demi mengaut sejumlah keuntungan.

Oleh demikian, Do Kwon mempersoalkan sebab Alameda meminjam lebih $2 bilion dalam Bitcoin (BTC) daripada Voyager dan syarikat besar lain sebanyak $10 bilion.

Bukan itu sahaja, beliau juga mahu SBF mendedahkan kebenaran di sebalik transaksi besar tersebut kerana beliau percaya Alameda Research telah meletakkan pertaruhan besar pada kejatuhan harga LUNA.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat