Dogecoin (DOGE) Menyalak Lagi, Catat ATH Hampir $0.50!

2,029

Dogecoin (DOGE) perlahan-lahan mendaki carta kripto dan kini dilaporkan memiliki nilai pasaran lebih $60 bilion sekaligus mengatasi kedudukan Twitter.

Twitter ketika penulisan merekodkan nilai pasaran $43.59 bilion selepas mencatatkan penyusutan sejak Oktober lalu.

Manakala Dogecoin mencatatkan nilai pasaran di paras $61.85 bilion dengan harga seunit DOGE didagangkan pada $0.48 ketika penulisan.

Pada masa yang sama, bagi pasangan DOGE/BTC turut merekodkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu pada 793 BTC awal hari ini.

Menurut CoinMarketCap, DOGE berada di kedudukan kelima selepas XRP dan berada di atas Tether (USDT).

Selain Twitter, nilai pasaran Dogecoin juga mengatasi Foxconn ($55.64 bilion), Prudential ($56.94 bilion), Ferrari (54.76 bilion) dan Honda(51.72 bilion).

Lonjakan ini barangkali didorong oleh pengasas Tesla, Elon Musk yang bakal membuat penampilan di Saturday Night Live (SNL) pada hujung minggu ini.

Tidak cukup dengan itu, DOGE kini telah tersenarai di platform eToro. Sedia maklum, platform itu memiliki 20 juta pengguna seluruh dunia.

Dogecoin kini mencatatkan peningkatan lebih 5,000% sejak bermula 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat