Dolar Amerika Merosot Terkesan Oleh Kekhuatiran Pasaran Terhadap Perang Dagang!

526

Matawang US dolar menyusut berbanding matawang utama pada hari ini berikutan kekhuatiran pasaran terhadap perang dagang antara Amerika Syarikat dan China. Kekhuatiran ini juga telah menekan matawang-matawang yang berorientasikan perdagangan seperti Australia Dollar.

Laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg melaporkan terdapat tanda-tanda bahawa China enggan bersetuju dengan perjanjian yang ditawarkan oleh Presiden Donald Trump. Ini menambahkan lagi tekanan terhadap para pelabur selepas data ekonomi Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada minggu lepas menimbulkan kebimbangan mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.

Menurut penganalsis FX, berita mengenai perdagangan itu telah meningkatkan permintaan para pelabur terhadap safe haven.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan kepada paras 98.482 dengan susut sebanyak 0.01% setakat jam 11.30 p.m.

Disisi lain, matawang euro mula menunjukkan pengukuhan selepas mencatat penyusutan pada hari ini berikutan data yang dikeluarkan tidak dapat membantu matawang Euro.

Laporan permintaan industri Jerman mencatatkan penurunan iaitu lebih rendah daripada yang diunjurkan pada bulan Ogos berikutan permintaan dalam negeri yang lemah menambah tanda-tanda bahawa ia akan mendorong Jerman ke dalam kemelesetan. Menurut kenyataan Kementerian Ekonomi Jerman, kontrak untuk barangan buatan Jerman turun 0.6% berbanding bulan sebelumnya dengan permintaan untuk barang modal pula menyusut 1.6%.

Matawang Sterling pula terus mencatat penyusutan berbanding US dolar dengan penyusutan kepada paras 1.2322 setakat jam 11.35 p.m. Pasaran terus mengkhuatirkan isu Brexit, UK dijangka akan berundur daripada Kesatuan Eropah pada 31 Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat