Dolar Aussie Terus Tertekan Selepas Minit Mesyuarat RBA Dikeluarkan!

193

Bank Pusat Australia (RBA) telah menerbitkan laporan minit mesyuarat terbarunya pada sesi Asia yang memperlihatkan bahawa mereka tidak akan menaikkan kadar faedah sehingga sasaran dapat dicapai.

Para penggubal dasar juga akan bersabar untuk menantikan petunjuk seterusnya dalam ekonomi meskipun mengakui bahawa kadar inflasi meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada awal bulan ini, RBA telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.1% dan menghentikan program pembelian bon bernilai A$275 bilion.

Walaupun begitu, bank pusat itu menekankan bahawa penamatan program tersebut tidak membawa maksud bahawa mereka akan melaksanakan kenaikan kadar faedah tidak lama lagi dan masih bersabar untuk melakukan perubahan.

Data inflasi Australia baru-baru ini menunjukkan harga pengguna telah berada pada julat sasaran bank pusat 2-3%. Namun, masih terlalu awal untuk menganggap kenaikan tersebut akan berterusan.

Selain itu, para penggubal dasar turut menyebut bahawa pertumbuhan gaji masih dilihat sederhana dan ia berkemungkinan akan kekal untuk tempoh yang lebih lama sebelum ia berada pada kadar konsisten dengan inflasi berterusan pada sasaran.

Kenyataan dovish dalam laporan minit mesyuarat RBA terus memberi tekanan buat dagangan dolar Aussie yang dilihat bergelut untuk mencari sokongan di tengah sentimen berisiko dalam pasaran.

Data pekerjaan Australia yang bakal diterbitkan pada hari Khamis, akan dijadikan tumpuan utama buat pelabur dolar Aussie untuk menentukan hala tuju seterusnya bagi mata wang tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat