Dolar Terendah 7 Bulan Berbanding Euro, EUR/USD Target Ke $1.0800

92

Membuka dagangan di awal minggu semalam, US dolar mengekalkan momentum penyusutan selepas terkesan oleh reaksi pelabur terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan Jumaat lalu.

Pasaran memerhati kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed) berkenaan dasar monetari bank pusat yang cenderung ke arah memperlahankan dasar.

Presiden Fed San Francisco, Mary Daly melihat kenaikan kadar faedah terbaru adalah sebanyak 25 atau 50 mata asas menjadi pilihan.

Sementara, Presiden Fed Atlanta pula iaitu Raphael Bostic berpandangan kadar faedah perlu dinaikkan lagi ke paras 5% atau 5.25%.

Selain itu, menambahkan lagi tekanan buat US dolar sebagai mata wang safe-haven apabila sentimen pasaran dipulihkan dengan laporan tentang pengumuman China untuk pembukaan Hong Kong setelah ditutup 3 tahun lalu.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan US dolar jatuh ke paras terendah 7 bulan berbanding Euro.

Setelah lonjakan harga pada Jumaat lalu, harga menyambung lagi kenaikan pada Isnin semalam dan berjaya menembusi zon rintangan 1.07000.

Kenaikan ke paras ketinggian terbaru mencapai sekitar 1.07600 pada sesi New York semalam sebelum harga sedikit berundur di penghujung sesi.

Perlahan menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga mendatar di paras penutupan sesi sebelumnya itu sekitar 1.07300.

Dengan pergerakan harga yang masih kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu, trend bullish dijangka akan masih dikekalkan untuk harga menuju pula ke sasaran terbaru pada ketinggian 1.08000.

Kenaikan yang diteruskan melepasi 1.08000 berpotensi menuju pula ke paras 1.09000 setelah kali terakhir harga mencapainya adalah pada dagangan April 2022 lalu.

Namun, jika situasi berubah seperti pengukuhan US dolar kembali berlaku, harga boleh ditekan rendah semula di bawah zon 1.07000.

Penurunan lanjut harga bakal kembali ke sekitar 1.06000 dan pelabur akan menilai sama ada terdapat petunjuk baru untuk perubahan trend harga.

Zon support minggu lalu pada 1.05000 akan menanti bagi kejatuhan harga yang lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat