Dominasi Dolar USD Dalam Pasaran Kewangan Bakal Berakhir

604

Dominasi matawang utama dunia, dolar Amerika Syarikat bakal berakhir jika Federal Reserve (Fed) terpaksa mengalah daripada serangan tekanan oleh White House dan pasaran kewangan untuk mengurangkan kadar faedah dengan penurunan 50 mata asas pada tahun ini menurut undian 60 penganalisis pasaran.

Pada mesyuarat FOMC minggu lalu, bank pusat telah mengumumkan penurunan kadar 25 mata asas namun dagangan dolar AS kekal mencatatkan kenaikan berikutan kenyataan Presiden Fed Jerome Powell yang menyatakan bahawa tindakan penurunan adalah sebagai perubahan pada pertengahan kitaran dan bukannya sebagai isyarat pelonggaran yang lebih agresif.

Tindakan tersebut telah menimbulkan kekecewaan terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengumumkan tarif tambahan terhadap barangan import China akan dilaksanakan pada awal September dan membuatkan ketegangan hubungan dagang dua ekonomi dunia itu kembali meningkat.

Beliau terus mendesak Fed untuk terus menurunkan kadar faedah dengan skala lebih besar dan dengan lebih segera di samping menggesa untuk tindakan pengetatan kuantitatif oleh Fed dihentikan serta merta.

Dolar AS walau bagaimanapun akan mengalami kejatuhan jika Fed benar-benar menurunkan kadar 50 mata asas sehingga penghujung tahun ini seperti yang dijangkakan oleh CME FedWatch.

Laporan daripada Reuters, lebih 40% ahli strategi ekonomi yang memberikan jawapan berasingan menyatakan bahawa perubahan pada unjuran polisi Fed akan memberi petunjuk terbaru terhadap hala tuju matawang Amerika tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat