ECB Akan Memutuskan Tentang ‘Tapering’ Tahun Ini

47

Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi berkata pada hari ini bahawa pihak mereka akan membuat keputusan mengenai penilaian polisi pada tahun ini.

Dalam ucapan beliau kepada komuniti Persatuan Ekonomi dan Monetari Parlimen Eropah, Draghi mengutarakan pandangan beliau bahawa pengembangan ekonomi sekarang adalah ”kukuh dan lebih menyeluruh”.

Tambah beliau lagi, proses pemulihan yang semakin baik ini adalah disebabkan pertumbuhan ekonomi dalam negeri dan pasaran buruh yang menunjukkan peningkatan.

Beliau juga menyatakan bahawa risiko ekonomi yang dihadapi sudah semakin stabil. Dengan pergerakan volatility (turun-naik) tukaran matawang adalah sumber ketidaktentuan yang memerlukan penelitian.

Turun naik dalam pasaran pertukaran asing melambangkan ketidapastian dalam pasaran. Justeru diperlukan pengawasan yang lebih agar dapat mengenalpasti kesan terhadap jangkaan kestabilan harga pada jangka masa pertengahan.

Beliau menjelaskan bagi menghadapi ketidapastikan, ECB akan memutuskan penilaian semula terhadap instrumen kewangan yang digunakan selama ini dalam polisi monetari, supaya dapat menyokong ekonomi zon Eropah yang masih dalam tempoh perubahan kearah pertumbuhan yang stabil.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat