ECB Komited! Lagarde Tampil Beri ‘Hint’ Terkini Mengenai Kadar Faedah

481

Bank Pusat Eropah tidak berhasrat untuk menaikkan kadar faedah untuk seketika selepas ia menamatkan pembelian bonnya pada akhir suku ketiga, kata Presiden ECB Christine Lagarde pada hari Khamis.

Kenyataan Lagarde dalam sidang akhbar, “sebarang pelarasan kadar faedah ECB baru dilaksanakan selepas tamat pembelian bon di bawah APP dan ianya akan dilakukan secara beransur-ansur.

Perancangan untuk kadar faedah ECB utama akan terus ditentukan oleh panduan yang ditetapkan Governing Council dan kestabilan inflasi pada 2% dalam jangka masa sederhana.

ECB menyatakan dalam sidang mesyuarat bahawa mereka merancang untuk menamatkan pembelian aset pada suku ketiga, mempercepatkan keluarnya daripada program rangsangan kerana kadar inflasi terus melonjak tinggi ditambah pula konflik Ukraine-Rusia.

Pada hari Rabu, pasaran menjangkakan kenaikan sebanyak 30 mata asas dalam kadar deposit ECB menjelang Disember dan mendorong kepada kadar -0.2%.

Pelabur telah mengurangkan pertaruhan mereka pada kenaikan kadar sejak Rusia memulakan pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Februari. Konflik di sempadan timur zon eropah dijangka memperlahankan pertumbuhan dan menjadikan ECB lebih berhati-hati mengetatkan polisinya.

“Majlis Pentadbiran menjangkakan kadar utama ECB kekal pada paras semasa sehingga ia melihat inflasi mencecah 2% lebih awal” kata Lagarde.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat