ECB Meneliti Risiko Pasaran Perumahan Zon Eropah

53

Pasaran perumahan Zon Eropah tidak bergerak terlalu panas (overheating) tetapi ada sedikit kenaikan harga yang memerlukan perhatian khususnya di sekitar bandar-bandar besar kata Naib Presiden ECB Vitor Constancio pada Rabu.

Kenaikan ini memerlukan perhatian yang teliti kerana ia boleh menyebabkan kesan domino kepada harga secara keseluruhan di sesebuah negara, tambah Constancio.

ECB memberi amaran pada Rabu bahawa harga hartanah komersil telah melebihi daripada harga purata jangka panjang dan terus menunjukkan kenaikan yang kuat.

“Oleh itu, perhatian teliti perlu kepada harga hartanah kerana ia mampu memberikan petunjuk awal kelemahan pasaran perumahan di Eropah.” kata ECB.

“Peningkatan yang pantas dalam harga rumah di sesetengah wilayah mampu mengancam kestabilan institusi kewangan dengan risiko hutang yang bertumpu di wilayah-wilayah tersebut,” kata ECB.

Paras terendah kadar faedah telah melonjakkan permintaan hartanah dengan pelabur membeli aset yang mampu memberikan hasil berbanding menyimpan duit mereka di bank. Hal ini telah memberi faedah kepada pasaran perumahan di Jerman, Perancis, dan Belanda tidak lupa juga Estonia dan Ireland.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat