ECB Mungkin Bertindak Jika Harga Tenaga Meningkat?

204

Pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Isabel Schnabel memberitahu bahawa peningkatan yang lebih kukuh dalam harga tenaga berkemungkinan memaksa mereka untuk bertindak.

Dalam ucapannya pada hujung minggu, Schnabel menggariskan dua senario di mana ECB perlu mengubah dasar monetari mereka.

Pertama, jika harga tenaga yang tinggi memasuki sektor ekonomi lain dan mengubah tindakan terhadap penetatapan harga.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada tanda-tanda second-round effect yang lebih luas. Pertumbuhan upah dan permintaan pekerjaan dilihat masih lagi seimbang.

Senario kedua adalah sekiranya arah pergerakan harga tenaga yang banyak dipengaruhi oleh cukai karbon dan peralihan hijau, berisiko untuk mendorong inflasi utama meningkat melebihi sasaran.

Ketidakseimbangan bekalan dan permintaan mungkin kekal berlarutan di tengah-tengah peralihan dan harga karbon yang mungkin meningkat lagi, yang bermakna kesan peningkatan harga tenaga dan elektrik boleh mendorong kepada harga pengguna lebih tinggi.

Menurut anggaran terbaru yang dikeluarkan Jumaat lalu, kadar inflasi Eropah telah meningkat mencecah rekod sehingga 5% pada bulan Disember, iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada sasaran bank pusat 2%.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengetatan yang dilaksanakan oleh ECB kerana alasan tekanan harga dilihat hanya sementara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat