ECB Pantas Mengorak Langkah, Projek CBDC Ke Fasa Seterusnya!

300

“Nasib baiklah ECB bertindak awal sebab fasa sebelum ni pun dah ambil masa bertahun-tahun.”

Setelah fasa penyiasatan yang memakan masa selama dua tahun telah selesai, Majlis Tadbir Bank Pusat Eropah (ECB) pada 18 Oktober 2023 tanpa membuang masa memutuskan beralih ke fasa seterusnya untuk projek euro digital ingin dilaksanakannya.

Peringkat persediaan yang akan bermula pada 1 November 2023 akan melibatkan memuktamadkan buku peraturan euro digital, memilih penyedia teknologi termasuk ujian.

Selepas fasa penyediaan berakhir pada penghujung tahun 2025, ECB akan menetapkan sama ada ingin bergerak ke hadapan dalam mengeluarkan CBDC susulan keputusan itu hanya dapat dilakukan apabila proses perundangan EU selesai.

Hal ini kerana badan perundangan EU yang akan memutuskan euro digital akan dilancarkan atau tidak, kata Pengarah Strategi dan Dasar EU Circle Patrick Hansen sambil menambah proses perundangan sedang berjalan dan perbincangan tentang Suruhanjaya EU telah pun bermula.

Bagaimanapun, ia mungkin perlu mengambil masa sedikit sehingga pilihan raya EU yang akan berlangsung pada Jun 2024.

Euro digital dicadangkan akan menjadi bentuk tunai digital yang bukan sahaja membenarkan pembayaran luar talian persendirian malah boleh diakses secara meluas, percuma dan menawarkan piawaian privasi tinggi.

Selain itu, pengguna juga dapat mengakses perkhidmatan euro digital melalui bank atau aplikasi “Eurosystem” manakala mereka yang tidak mempunyai akaun bank boleh menggunakan kad daripada entiti awam seperti pejabat pos.

Suka dimaklumkan Bank for International Settlements (BIS) dan bank pusat Perancis, Singapura termasuk Switzerland pada awal bulan ini telah mengumumkan kejayaannya dalam menyiapkan inisiatif CBDC baharu dipanggil Projek Mariana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat